Buka Kedai Makan Pada Siang Hari Ramadhan

Bin Sahak

Oleh : al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr (Mantan Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar)
Penterjemah: bin Sahak

Puasa Ramadhan adalah termasuk dalam rukun Islam yang terpenting yang dibina di atasnya agama Islam. Termasuk dalam rahmat Allah taala memberi keringanan kepada orang-orang yang uzur untuk membolehkan mereka berbuka selama-mana mereka berada dalam keuzuran, dan mereka perlu menggantikan hari-hari tersebut sepertimana firman Allah swt

Maksudnya: “Maka sesiapa di kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan, maka hendaklah mereka berpuasa, dan sesiapa yang sakit atau bermusafir maka gantilah pada hari-hari yang lain, Allah menghendaki memberi kemudahan kepada kamu semua dan tidak mahu menyusahkan kamu, dan untuk disempurnakan bilangan hari-harinya dan untuk dibesarkan Allah atas apa yang dia hidayahkan kepada kamu semua.” (al-Baqarah : 185)

Nabi saw telah memberi peringatan kepada orang yang mengambil mudah dalam melaksanakan kefardhuan ini, baginda bersabda berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Daud, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Khuzaimah di dalam sahihnya:

Maksudnya: “Sesiapa yang berbuka satu hari dalam bulan Ramadhan tanpa ada (sebab) keringanan ataupun sakit, dia tidak dapat menggantikannya walau dia berpuasa selama setahun penuh.”

Terdapat juga ancaman kepada orang yang menyegerakan berbuka sebelum waktunya sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban di dalam sohih mereka berdua yang menceritakan Nabi saw telah melihat di dalam mimpi – dan mimpi para anbiya adalah kebenaran – satu kaum (di dalam neraka) yang digantung betis-betis mereka, terkoyak di sekeliling mulut mereka dan darah mengalir keluar melaluinya, merekalah orang-orang yang berbuka sebelum waktunya.

Maka orang yang membantu orang yang tidak berpuasa tanpa ada keuzuran, mereka berkongsi dosanya, kerana apa yang membawa kepada perkara haram maka ianya adalah haram sepertimana memberi makanan atau minuman kepada orang yang tidak berpuasa dengan sukarelanya sendiri menunjukkan keredhaannya atas perbuatan tersebut. Maka orang yang redho akan maksiat adalah orang yang berdosa sepertimana yang diperakui oleh para ulama, sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith tentang kelaknatan kepada orang yang meminum khamar dan orang yang memberinya minum (khamar), pembelinya, penjual, dan orang yang bersamanya dan orang yang membawa arak kepadanya.

Maka orang yang memiliki kedai menjual makanan atau minuman, kadang-kadang menjualnya bukan untuk membantu orang yang tidak berpuasa, dan termasuk menjualnya pada waktu yang dibenarkan menjualnya, maka tidak ada ruang untuk menghalangnya menjual selama mana dia tidak melihat kemungkaran dilakukan di hadapannya oleh pembeli yang membeli darinya pada siang Ramadhan, dan realiti menuntut memudahkan manusia mendapatkan keperluan mereka, dan dosa itu atas orang yang membeli yang menyalah gunakan apa yang ada di tangan mereka.

Adapun orang yang memiliki kedai makan yang menerima orang ramai datang (dalam bulan Ramadhan) untuk makan tengahari, atau orang yang memiliki gerai minum yang menerima kunjungan pelanggan, jika ia dilakukan pada siang hari Ramadhan, dan secara pasti pelanggannya tidak berpuasa tanpa keuzuran, maka tuan kedai itu termasuk orang yang membantu perbuatan yang diharamkan.

Jika untuk memastikan orang yang ada keuzuran dan yang tidak ada keuzuran menjadi suatu yang susah dalam kumpulan yang ramai dan berbagai, maka yang lebih utama adalah tidak membukanya di siang Ramadhan, dan pada waktu malam ada ruang yang luas untuk dibuka tanpa sebarang kesalahan.

Disamping itu memudahkan mendapat makanan dan minuman di kedai-kedai makanan pada siang Ramadhan adanya unsur dorongan berbuka dan membawa fitnah kepada masyarakat Islam yang sepatutnya meraikan kehormatan bulan Ramadhan yang mulia, Orang-orang yang bertaqwa kepada tuhannya sepatutnya telah bersedia sebelum Ramadhan lagi, mereka sepatutnya menyibukkan diri di dalam Ramadhan dengan beribadah kepada Allah, disampin pada malam harinya adalah tempoh yang luas untuk (urusan) kehidupan, sesunggunya perkara ini memerlukan kawalan nafsu dan kesedaran tanggungjawab bantu-membantu bersama untuk menghalang kemungkaran dan membantu kebaikan terutamanya dalam bulan Ramadhan yang diberkati dan dimuliakan ini. (Sumber:Islamonline.net)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s