Keluar Mazi Tak Perlu Mandi Wajib

Salamualaykum..
Merujuk link di bawah:
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27830

Berdasarkan kpd Sharah Muslim daripada Imam Nawawi tersebut membayangkan(khayal) hubungan jima’ atau terlintas keinginan hubungan jima’ yang menyebabkan keluar air mazi adalah tidak wajib mandi.
Bagaimana pula hal nya dengan melihat perempuan secara sengaja atau gambar sahaja atau melihat adegan bercium n bermain-main yg byk disiarkan tv skg ini..dan menyebabkan keluar air mazi. Adakah perlu mandi wajib..?

Tolong sgt..krn sy mudah keluar air mazi..diharap saudara/ri yg arif bab ini dapat menjawab n memberikan dalil al-quran atau hadis yg sahih..insyaAllah..

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Keluar mazi tidak mewajibkan mandi, dan hanya membatalkan wudhuk. Samada keluar mazi disebabkan khayalan, pembacaan, pendengaran atau pandangan kepada benda-benda yang membangkitkan syahwat.

Dalilnya, hadis Ali r.a.:

كنت رجلا مذاء فأمرت رجلا أن يسأل النبي صلى الله عليه و سلم لمكان ابنته فسأل فقال توضأ واغسل ذكرك

Maksudnya: Aku seorang yang banyak keluar mazi, lalu aku menyuruh seorang lelaki bertanya Nabi SAW, disebabkan kedudukan puterinya (Fatimah). Lalu dia bertanya dan baginda bersabda: Berwudhuklah dan basuhlah zakar kamu”.
Direkod oleh Bukhari (no: 266) dan Muslim (no: 303)

Kata Ibn Hajar: Hadis ini dalil bahawa tidak wajib mandi dengan sebab keluar air mazi… Dan ia adalah IJMAK. (Fathul Bari 1/380).

Wallahu A’lam.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s