SOAL JAWAB :”PERBEZAAN PENDAPAT DIKALANGAN UMATKU ADALAH RAHMAT” ADAKAH HADITH PALSU???

hafizdasar.com

Posted in July 26th, 2008

Soalan

Diantara hadith yang sering dilaung-laungkan dalam bab perbezaan pandangan pendapat dikalangan ulama’ adalah “Perbezaan pandangan diantara umatku adalah rahmah”. Apakah taraf hadith ini?.Sahih ataupun Daif?.

p-dot : http://inniakhafullah-admin.blogspot.com/

Jawapan:

Penulis lebih memihak kepada pandangan yang menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu (maudu’).Berikut adalah kupasnnya.

Hadith ini adalah termasuk diantara hadith yang terkenal didalam bab menerima perbezaan pandangan didalah hukum fiqh sehingga Imam Ibn Hajib menyebutkan hadith ini didalam kitab al-Mukhtasar, perbahasan mengenai Qiyas tanpa menyebutkan sanad.Begitu juga al-Baihaqi menyebutkan hadith ini tanpa sanad.

Imam as-Sakhawi menyebutkan didalam kitab maqasid al-hasanah bahawa Kebanyakan ulama’ hadith menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu disebabkan tidak dijumpai sanad bagi hadith ini.Berikut adalah nukilan as-Sakhawi , Muhammad Tahir al-Fattani didalam al-maudhuat al-kubra dan al-albani didalam silsilah ad-dha’ifah daripada perkataan ulama’

1)Ishak al-musili dan Amru bin jahr al-Jahidz berkata :Andaikata perbezaan pendapat adalah rahmat , maka maksudnya persetujuan pula merupakan azab(oleh itu hadith ini tidak boleh diterima akal)

2)Al-Munawi menaqalkan bahawa as-Subki berkata :Hadith ini tidak dikenali dikalangan ulama’ hadith . Aku tidak menjumpai sanad yang sahih , daif bahkan yang palsu sekalipun untuk hadith ini.

3)Kata zakaria al-ansaari “Maksud hadith ini dibantah oleh ulama’ yang kritis”

Ibn hazm menyebutkan didalam kitab ah-Ihkam ti Usul al-Ahkam :Ini adalah diantara perkataan yang paling buruk.kerana jika perbezaaan adalah rahmat maka persepakatan pula merupakan azab.Maka ini adalah penipuan(keatas nama Rasulullah)

Imam al-Khattabi didalam kitab gharib al-hadith telah mempertahankan hadith ini dan menjawab kritikan terhadapnya tetapi as-sakhawi dan al-Fattani berpendapat bahawa tidak ada sesuatu yang dapat meningkatkan taraf hadith ini dari ucapan al-Khattabi.Al-Khattabi hanya sekadar menunjukkan seolah-olah dia mengetahui kewujudan sanad hadith ini tetapi tidak menunjukkannya.

Disebabkan hadith ini seringkali disebut maka Imam as-Suyuti pula berpandangan bahawa ada kemungkinan hadith ini disebutkan didalam beberapa kitab hadith yang tidak sampai kepada kita(al-Albani memetik ucapan as-Suyuti dari al-Jami’ as-Soghir).Tetapi kemungkinan yang disebutkan oleh as-Suyuti ini tidak boleh dijadikan hujjah kerana beliau pernah menyebut “Pada zaman sekarang , (Didalam menerima hadith) kita bergantung kepada kitab yang telah tertulis.Segala yang tidak terdapat didalam kitab adalah tertolak”(abu al-laith memetik dari kitab tadrib ar-rawi).

Adapun hadith “perbezaan pendapat dikalangan Sahabatku adalah rahmah” diriwayatkan oleh beberapa muhadith seperti at-Tabrani , ad-dailami dan albaihaqi.Kebanyakan ulama’ seperti as-Sakhawi(Maqasid al-Hasanah) dan al-Iraqi(takhrij Ahadith Ihya’) menyatakan hadith ini terlalu lemah.Al-Albani(silsilah ad-Dhaifah) menyatakan hadith ini adalah palsu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s