Jual Tanah Dan Berhutang Untuk Pergi Haji

Assalamualaikum…
Ingin minta pandangan & hukum dari ustaz ttg situasi dibawah :

1- Sseorang mempunyai sebidang tanah pusaka. Jika nak mengharapkan pendapatan harian,dia tak dapat pergi haji.Lalu menjual tanah pusaka tersebut.

2- 5 orang anak telah berpakat untuk membuat pinjaman Bank sebanyak RM10,000 untuk membiayai emak mereka untuk ke Mekah (haji).

Soalan : Adakah 2 situasi diatas menghukum mereka WAJIB pergi ke Mekah walaupun terpaksa meminjam/menjual tanah?

minta pencerahan dari ustaz

Syukran Yellow Wink

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلىآله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Dia tidak wajib menjual tanah tersebut jika mempunyai keperluan dalam pemilikan tanah itu. Contohnya, jika tanah tersebut digunakan untuk didirikan rumah, atau untuk disewa, atau untuk bercucuk tanam dan keperluan-keperluan lain.

Jika pemilikan tanah tersebut bukan keperluan asas kehidupannya, dan ia merupakan satu lebihan harta dirinya, maka wajib menjualnya sekiranya tidak ada cara lain untuk pergi haji melainkan dengan menjualnya. (Fatwa Lajnah Daemah: 11/36)

2- Tidak wajib berhutang untuk menunaikan haji. Di dalam Musnad Syafie (m/s109), daripada Ibn Abi Aufa r.a:

سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج قال لا

Maksudnya: Aku bertanya baginda (Rasulullah SAW) tentang seorang lelaki yang belum haji, adakah perlu berhutang untuk haji? Jawab baginda: Tidak.

Wallahu A’lam

al-ahkam

Advertisements

2 thoughts on “Jual Tanah Dan Berhutang Untuk Pergi Haji

  1. Assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya…
    baru-baru ini saya mengalami accident slepas pulang bekerja..rentetan dari itu..sy mengalami kecacatan kekal dan mendapat pampasan daripada
    PERKESO dalam sejumlah wang…
    Boleh x saya gunakan wang tersebut untuk menunaikan haji bagi diri sendiri @ topup perbelanjaan haji bagi ibubapa saya yang masih belum cukup untuk pergi
    menunaikan fardu haji.

    harap dapat penjelasan daripada Ustaz..

    assalamualaikum..

  2. Mohd,

    Waalaikumussalam wbt.

    Jika duit itu mampu menampung perbelanjaan haji, Insya-allah boleh digunakan. Dan lebih utama untuk saudara menggunakan duit itu untuk saudara pergi haji kerana ia satu kewajipan, sedangkan menggunakan wang itu untuk ibu bapa pergi haji bukan kewajipan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s