Hukum Diam Ketika Mendengar Bacaan al-Quran

Ust. Abdul Kadir

Soalan:

Apakah hukum berdiam diri ketika mendengar bacaan al-Quran?

Jawapan:

Para ulama berbeza pendapat dalam hukum berdiam diri/senyap ketika mendengar bacaan al-quran di luar solat kepada dua pandangan:

1. Wajib berdiam diri/senyap: Ini adalah mazhab Hanafi, sebahagian mereka mengatakan kewajipan ini adalah kewajipan ‘aini dan sebahagian lagi mengatakan wajib kifayah. Mereka berdalilkan degan firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu semua beroleh rahmat.” (al-A’raf:204)

2. Sunat atau digalakkan: Ini adalah pandangan kebanyakan ulama, mereka memahami ayat dari surah al-A’raf di atas adalah arahan di dalam solat sahaja, adapun di luar solat hukumnya menjadi sunat.

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin pernah ditanya:

“Sekumpulan orang yang berada di dalam kereta yang sedang bergerak, dimana salah seorangnya memasang kaset al-Quran, apakah wajib ke atas semua mendengarnya dan apakah berdosa sesiapa yang berkata-kata ketika waktu itu?

Beliau menjawab:

Imam Ahmad berkata tentang ayat surah al-A’raf (di atas): “Ianya untuk solat.” Dia berkata juga: “Para ulama telah sepakat yang ianya adalah arahan ketika solat.”

Saya (al-‘Uthaimin) menasihati orang yang memasang kaset al-Quran supaya jangan memasangnya ketika manusia sibuk dengan perkara lain. Maka jika kamu melihat kawan-kawan kamu tidak bersedia untuk mendengar dan mereka sedang sibuk berbual sesama mereka, maka jangan kamu memasang al-Quran.” (Secara ringkas dari Liqa-aat al-Bab al-Maftuh, bil. Liqa: 197

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s