Tandas Menjadi Tempat Solat

Assalamualaikum
Ada suatu soalan yang pernah diutarakan kepada saya:
Jikalau ada sebuah tandas yang sudah tidak digunakan,dan masih kukuh bangunannya,dan dikhuatiri terbazir begitu sahaja,boleh kah ia ditukar menjadi surau/musolla/masjid?

Sekian Syukran.

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Terdapat larangan yang dijelaskan oleh Nabi saw mengenai larangan bersolat ditempat-tempat tertentu, termasuklah tandas. Sabda Nabi saw :-

الأرض كلها مسجد إلا المقبرة والحمام

“Setiap tempat dibumi adalah masjid melainkan KUBUR dan TANDAS” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #291].

Ulama’ menjelaskan bahawa larangan bersolat didalam tandas disebabkan tempat itu NAJIS. Jika berlakunya pengubahsuaian atau renovation, kawasan tandas tersebut di “ubah” dan dibersihkan, tidak nampak sebarang alasan kenapa tidak boleh dijadikan tempat itu sebagai musolla, WA. Larangan ini tidak seperti membina masjid atau musolla diatas kubur, dimana masjid tersebut hendaklah di robohkan (fataawa Imam al-Nawawi, ms 65).

Selamamana tempat tersebut bersih dan tidak lagi menjadi tandas, maka bolehlah orang Islam melakukan solat didalamnya.

وجعلت لي الأرض مسجداً وطهوراً ، فأيما رجل أدركته الصلاة فليصل

“Bumi telah dijadikan masjid dan tempat bersuci untukku, maka bilamana seseorang itu berada, dan masuk waktu solat, maka bersolatlah dia” (Hadith Riwayat Bukhaari, #323).

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa larangan ini hanya kekal kepada kubur, dan penafiannya tidaklah secara mutlak kepada tempat2 yang lain (fatwa IslamOnline – FatwaA&cid=1122528619008). WA.

Sekian, wassalam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s