Krim Anti Penuaan

Salam..

Ana nk tnye adkah d’blehkn syarak jika seseorg muslim 2 ingin pki krim anti penuaan atau ‘anti ageing cream’?adkh ia d’blehkn?Ana nk tau dalil2 atau qaul ulama’ mengenai hal ini..tq

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Penggunaan kream ant-aging ini bukanlah mengubah kejadian Allah swt sebagaimana mereka yang melakukan pembedahan kosmetik. Umat ini hanyalah stimulasi keatas sel2 manusia, dimana sel-sel ini akan memperbaiki dirinya sendiri. Menurur Dr Hossam Arafa :-

“Anti-aging medicine is the stimulation and addition of “natural” human elements to help ensure that the body is able to repair and regenerate itself, utilizing the same chemicals it relies on day in, day out, but making their availability greater in older age. In short, anti-aging is the supplementation of the body’s needs as we age, to help it continue to perform as well as it did when we were in our twenties”.

Konsepnya sama seperti food supplement sahaja; seperti vitamin. Banyak sekali kream-kream anti-aging ini diperbuat dari herba. Malah menurut Ibn Qayyim rh, Imam Zahabi rh ada menyatakan bahawa minyak zaiton (Olive Oil) dapat melambatkan proses ’aging’. Dari riwayat Abu Aseed, kata beliau : Nabi saw bersabda :

كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ

“Makanlah minyak zaitun dan gunakannya pada rambut dan kulit, kerana ia datang dari pokok yang barakah” (Hadith Riwayat Tirmudzi #1775).

Apa yang perlu dilihat pada kream-krean ini adalah; apakah isi kandungannya mengandungi bahan2 yang dilarang atau tidak? Selama-mana ia mengandungi bahan2 halal, maka penggunaan kream tersebut adalah harus. WA.

Sumber : New Trends in Anti-Aging Medicine
IslamOnline : http://www.islamonline.net/English/Science/2000/4/article5.shtml

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s