Haji Untuk Si Mati

Salam

Bolehkah seseorang mengerjakan ibadah haji untuk dirinya sendiri dan pada masa yang sama dia berniat mengerjakannya untuk orang lain (bapanya)?

Ada pendapat yang menyatakan tidak boleh kerana sekiranya kita ingin mengerjakan untuk orang lain, kita perlu mengerjakannya pada masa yang lain, bukan serentak. Adakah ianya benar?

Terima kasih

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

HAJI UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN SERENTAK
Mengerjakan haji sekali gus untuk diri sendiri dan pada masa yg sama untuk orang lain, adalah TIDAK HARUS. Jika diniatkan juga untuk kedua-dua (diri sendiri dan orang lain), maka haji itu jatuh untuk diri sendiri.

Dalilnya:
Hadis Nabi SAW mendengar seorang lelaki berihram untuk Syubrumah. Lalu Nabi tanya, siapakah SYubrumah? Jawabnya: saudara aku, atau anak saudara aku. Lalu Nabi bersabda: Adakah kamu sudah mengerjakan haji untuk dirimu? Kataynya: tidak. Lalu Nabi bersabda: “Kerjakan dahulu haji untuk dirimu, kemudian, barulah untuk Syubrumah”.

HR Abu Daud (1811), Ibn Majah (2903). Di sahihkan oleh Ibn Jarud dalam (Muntaqa 2/113), dan Ibn Hibban (9/299), Ibn Khuzaimah (4/345).

HAJI UNTUK ORG LAIN DAHULU, TANGGUH HAJI SENDIRI
Cuma ulama ada khilaf, adakah boleh tangguh haji untuk diri sendiri, dan buat haji untuk orang lain dahulu. kemudian, pada tahun2 seterusnya, barulah buat untk diri sendiri. Jumhur ulama tidak mengharuskan berdasarkan hadis di atas. ada ulama mengharuskan seperti Thauri dll. Begitu juga Imam Malik mengahruskan buat haji untuk org yg telah mati walaupun belum haji untk diri sendiri.

Manakala buat haji serentak unt dua org, setakat ini ana tidak bertemu ada khilaf di kalangan ulama ttg ketidakharusannya. Wallahu A’lam.

rujukan:
Bidayatul Mujtahid 1/234
Fathul Bari 4/69
Aunul Makbud 5/174
Nailul Authar 5/18

2. Sebahagian ulama mengharuskan mengupah orang lain untuk dikerjakan haji, samada untuk orang yang sudah meninggal atau yang masih hidup tetapi uzur yang berterusan. Iaitu mazhab Syafie dan Maliki. Kerana ibadah haji adalah ibadah yang dibenarkan syarak untuk dilakukan oleh orang lain secara niabah (ganti), maka boleh jugalah diberikan upah untuknya. (Majmuk 7/139)

Wallahu A’lam.

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s