Apa Maksud Ihsan

Salam

Moga dirahmati Allah,

1) Apakah yg dimaksudkan dengan ihsan???…

2) Pohon penjelasan antara 2 konsep dalam ihsan ini…
(a) – ihsan dalam ibadah (ka anna ka tarahu & fa innahu yaraka)
(b) – ihsan dalam pekerjaan (fa ahsinu zibha)

3) Ada ihsan (a) ke arah tasawwuf??

4) Ada banyak lagikah konsep ihsan selain (a) & (b)??

Terima kasih atas penjelasan dan perhatian sahabat ahli panel…

Wassalam

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ihsan adalah ketepatan atau kesempurnaan (perfection or precsion). Pada makna syara’ ia bermaksud melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt.

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan Tuhannya, Ia memerlukan sifat TAKUT, GERUN dan TUNDUK kepada Allah swt. Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas didalam beribadat, dan seseorang itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

Maqam pada maksud kebiasaan adalah perhentian atau tahap. Ihsan bukan seperti pangkat didalam sesuatu organisasi; seperti Sarjan, Kapten dsb. Ia hanya memperlihatkan KEADAAN seseorang atau lebih kepada SIFAT atai CIRI-CIRI tertentu. Contohnya didalam surah al-Asr; Allah menjelaskan bahawa yang dikatakan orang yang beriman atau ciri-ciri orang yang beriman adalah hamba Allah yang SOLEH, membantu didalam kerja-kerja kebenaran dan bersifat SABAR.

Begitulah juga ciri-ciri orang yang berihsan (MUHSIN) iaitu mereka ini sentiasa memperbaiki ibadatnya, tidak kira ibadat wajib mahu pun sunat, dengan melakukannya dengan penuh rasa gerun dan takut seolah-olah dia melihat Allah memerhatikannya.

Tahap Ihsan seseorang itu bukanlah tahap yang mutlak, akan tetapi ia boleh berubah2. Ia hanyalah menunjukkan keadaan sahaja. Seperti juga dengan keadaan Iman seseorang. Ahli Sunnah wa al-Jamaah berpegang kepada konsep :-

الإيمان يزيد وينقص. الإيمان يزيد بطاعة الله ، وينقص بمعصيته.

“Iman itu boleh bertambah dan berkurang,.Iman akan bertambah dengan melakukan ketaatan kepada Allah, dan akan berkurang kerana melakukan maksiat kepadanya” (al-Lajnah al-Daemah, (3/187).

Kesimpulannya, Ihsan menunjukkan keadaan atau ciri-ciri orang yang sentiasa melakukan ibadat secara khusyuk kerana merasakan Allah itu sentiasa melihat perbuatannya. Ia bukanlah menunjukkan sesuatu maqam atau kedudukan yang ampuh, akan tetapi ia menunjukkan ciri-ciri kebaikkan seseorang yang sentiasa memperbaiki ibadatnya agar menjadi lengkap dan sempurna, dan bukan sekadar ‘melepaskan batuk ditangga sahaja’, WA.

Soalan 2 – Ihsan didalam ibadat adalah satu keadaan dimana seseorang itu beribadat seolah-olah dia melihat Allah swt. Ibadat seseorang itu penuh dengan khusyuk dan dirinya berada didalam ketakutan seolah-olah berhadapan dengan Allah swt.

Ihsan juga bermaksud – perfection atau precision (ketepatan). Ketepatan sesuatu ibadat atau amalan bermakna Allah swt akan pasti menerima amalan seseorang itu. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi amalan tersebut hendaklah diukur dengan 2 faktor :-

a. di lakukan dengan IKHLAS
b. Amalan atau Ibadat tersebut hendaklah bertepatan dengan sunnah Nabi saw (bukan bid’ah).

Ihsan juga menggambarkan seseorang yang sentiasa memperbaiki amalan ibadatnya. Dari segi pekerjaan pula, seseorang itu sentiasa memperbaiki kualiti perkerjaannya (Quality output). Firman Allah swt :-

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [surah al-Mulk : 2].

Ayat diatas ini menjelaskan bahawa syarat ibadat yang Allah lihat adalah pada “baiknya amalan” dan bukannya “banyaknya amalan”. Kalau didalam ibadat, baik sesuatu amalan itu ialah dari segi kualiti ibadat; maksudnya beramal mengikuit sunnah Nabi saw. Selepas itu barulah dilihat pada kuantiti yang dilakukan.

Amalan-amalan yang menepati syarat diatas apabila dilakukan dengan penuh khusyuk, mudah-mudahan akan merasai keadaan beribadat seolah-olah kita melihat Allah swt semasa melakukannya.

Soalan 3 – Ini cuma persoalan istilah. Kalau mempelajari ilmu Aqidah itu dikategorikan sebagai ilmu TAUHID, dan mempelajari hukum hakam solat dinamakan FIQH, maka ilmu-ilmu akhlak, budi pekerti, adab, khusyuk, khauf, ihsan bolehlah di namakan ilmu TASAUF. Akan tetapi tidaklah ia dikategorikan kepada fahaman-fahaman yang melampau seperti wahdatul wujud dan sebagainya.

Soalan 4 – Ihsan hendaklah dilihat dari perspektif yang menyeluruh, iaitu keseluruhan kehidupan seorang Islam itu. Drs Sidi Gazalba penuh menyatakan bahawa perjalanan seorang Islam itu kalau boleh dinamakan peringkatnya, boleh dikategorikan kepada 5, iaitu : Muslim (orang yang Islam), Mukmin (orang yang beriman), Muhsin (orang yang Ihsan), Muhklis (Orang yang ikhlas) dan Muttaqin (orang yang bertaqwa). Kategori ini Cuma melambangkan hal atau keadaan seseorang sahaja dan tidak merujuk kepada maqam atau derajat masing-masing.

Sekian, wassalam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s