Adakah Ini Darah Nifas

Assalamualaikum…
seorang perempuan yang hampir bersalin mengalami kontraksi (sakit nak bersalin) selama satu hari. Selama kontraksi tersebut ada darah keluar sedikit-sedikit. Adakah Darah tanda-tanda bersalin ini darah nifas?
Bolehkah dia solat ketika ini?
-mintak pencerahan dari ustaz-syukran

jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa darah Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin.Ulama berbeza pendapat dalam bab darah yang keluar sebelum bersalin kepada 3 pendapat :

1. Mazhab syafie dan Maliki: Ia adalah darah haid
2. Mazhab Hanafi dan Hanbali : Darah Istihadhah
3. Sebahagian Ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak.

Imam Nawawi menukilkan :

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض

“Maka apabila wanita yang sedang hamil melihat darah (yang keluar), yang dikatakan sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur.Berkata pengarang kitab Al-Hawi , Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain : “Qaul Jadid ( Pendapat yang baru ) Imam as-Syafie ia adalah darah Haid, dan Qaul Qadim ( Pendapat yang lama ) mengatakan ia bukan darah haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sahih mengatakan ia adalah DARAH HAID”

( Al-Majmu’ Imam Nawawi : 1/412)

Maka , jika dilihat pada pandangan Imam as-Syafie ini , seseorang yang keluar darah sebelum bersalin tidak diwajibkan solat dan puasa.Ini adalah Ijtihad Imam Syafie dan ulama-ulamanya ( Syafi’iyyah )

Manakala Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah :

Kesimpulan dari Fatwa tersebut ialah :

1. Jika darah yang keluar tidak disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin , maka darah tersebut ialah darah kotor atau darah yang rosak.Maka pada ketika itu masih lagi ditaklifkan dengan tuntutan ibadah samada puasa atau solat.

2. Manakala jika ianya disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti rasa sakit dan sebagainya , maka darah itu dikira sebagai darah nifas dan tak wajib bagiinya untuk puasa dan solat.Ia wajib mengqada’ puasanya sahaja selepas suci ( selesai wiladah )

Sumber link : http://www.islam-qa.com/ar/ref/6944

Mengenai status darah tersebut , pendapat yang rajih ialah pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah , berikutan terdapatnya kajian kedoktoran yang menunjukkan darah haid tidak akan keluar ketika seseorang wanita itu sedang mengandung.

WA

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s