Hukum Menyertai Jemaah. Benarkah wajib?

assalamualaikum..

saya ada nak tanya soalan.. sering kali orang menggunakan ayat ini untuk menunjukkan kita wajib bergerak under jemaah/wadah iaitu

“sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan2 seperti suatu bangunann yg tersusun kukuh” As-Saff ayat 4

soalan yang saya nak tanya.. benarkah tafsiran bahawa Allah menyukai kita kerja beramai2?ataupun tafsiran bahawa Allah menyukai gerak kerja yg berstrategi/teratur walaupun kamu seorang diri?

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.[al-Shaff : 4]

Sa’ed bin Jubair berkata bahawa : “sebelum Rasulullah saw memulakan sesuatu peperangan menentang musuh, dia suka pasukannya beratur didalam satu barisan; didalam surah ini, Allah mengajar mereka yang beriman melakukan perkara yang sama. “

Didalam ayat seterusnya ( كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ ) beliau menyebut bahawa ini bermakna mereka bersama-sama bersatu didalam barisan pertempuran. Muqatil bin Hayyan berkata : sangat kukuh hubungannya diantara satu sama lain.

Ibn Abbas ra didalam mentafsir ayat ini menyatakan bahawa : Mereka itu bagaikan sebuah struktur kukuh yang tidak boleh bergerak, kerana anggota-anggota mereka telah di pateri diantara satu sama lain. (lihat Tafsir Ibn Kathir).

Ayat ini secara khususnya, Allah swt memuji mereka yang berjihad kejalan Allah dengan barisan yang lurus dam kukuh.

Disamping ayat ini menceritakan mengenai teknik berperang, ada juga dikalangan ahli tafsir menyatakan bahawa ia juga merupakan isyarat bahawa umat Islam perlulah mempunyai organsasi yang teratur dan kukuh.

Perbincangan mengenai hukum menganggotai jemaah boleh rujuk link dibawah ini :-

SJ-02-0005: hukum menganggotai jamaah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26687

Sekian, wassalam

Jamaah Islam dalam pengertian gerakan Islam/harakah Islam atau organisasi Islam bukanlah bermaksud al-Jamaah yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Al-Jamaah sebagaimana yang terdapat di dalam nash-nash syarak membawa dua maksud:
1. Pertama mafhum I’tiqadi. Ia dihalakan kepada dakwah dan manhaj yang dibawa oleh al-jamaah ini.

Ia bermaksud, al-Jamaah yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Inilah dakwah yang dibawa dan manhaj yang dibawa.

Keluar dari jamaah kebenaran ini boleh membawa kepada tahap murtad dan terkeluar dari agama.

Hadis2 berkaitan dengannya antaranya ialah:


ما رواه أبو داود وابن ماجه عن معاوية رضي الله عنه النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: “ألا إنَّ من قبلكم من أهل الكتاب افترقوا على ثنتين وسبعين ملَّة، وإنَّ هذه الأمَّة ستفترق على ثلاثٍ وسبعين: ثنتان وسبعون في النار، وواحدةٌ في الجنَّة، وهي الجماعة”وروى الترمذيُّ نحوه، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.

ما رواه البخاريُّ ومسلمٌ عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: “لا يحلُّ دم امرئٍ مسلمٍ يشهد أن لا إله إلا الله وأنِّي رسول الله إلا بإحدى ثلاث: الثيِّب الزاني، والنفس بالنفس، والتارك لدينه المفارق للجماعة”.

2. Kedua mafhum Siasi/politik, ia dihalakan kepada negara/daulah dan sistem politik, di mana dengannya akan terpeliharalah manhaj al-jamaah di atas serta memastikan manhaj berkenaan boleh diterapkan dalam realiti kehidupan.

Ia bermaksud, wajib kepada kita semua untuk bergabung dengan al-Ummah, taat kepada imam/pemerintah serta tidak keluar dari jamaah dan peraturan umum negara.

Keluar dari jamaah ini boleh dihukum sebagai pemberontak dan bughah.

Antara hadis2 yang berkaitan dengan mafhum kedua ini ialah:


ما رواه البخاريُّ ومسلمٌ عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبيِّ صلى الله عليه وسلم أنَّه قال: “من رأى من أميره شيئاً يكرهه فليصبر، فإنَّه ليس أحدٌ يفارق الجماعة شبراً فيموت، إلا مات مِيتةً جاهليَّة”

ما رواه مسلم عن أبي هريرة أنَّ النبيَّ صلى الله عليه وسلم: “من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات، مات مِيتةً جاهليَّة”.

——————
Dari dua pengertian di atas, dapatlah kita lihat betapa kedua-duanya saling berkaitan dan bahu membahu. Antara mafhum i’tiqadi dan mafhum siasi. Di mana apabila sudah wujudnya satu jamaah yang membawa serta mengibarkan dakwah dengan manhaj yang benar, maka keperluan untuk menegakkan daulah adalah satu kemestian. Kerana daulah inilah yang akan memastikan manhaj kebenaran itu terus terpelihara. Juga bagi memastikan manhaj berkenaan dapat direalisasikan dalam kehidupan.

Ciri-ciri anggota anggota al-jamaah , ialah orang-orang yang berada di atas kebenaran al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan manhaj para salafus soleh.

Kerana di sana ada juga yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah tetapi berdasarkan kepala otak sendiri. Bukan berdasarkan manhaj salafus soleh.

Manhaj kebenaran adalah manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

——————
Baiklah jika begitu maksud al-Jamaah menurut syarak, maka bagaimana dengan kedudukan jamaah-jamaah Islam seperti ABIM, PAS, Ikhwan, Jamaat Islami, tabligh atau apa sahaja?

Pengasasan jamaah-jamaah seperti di atas tidak ada sandarannya dari nash syarak yang khusus mengenainya. Ia hanya disandarkan kepada nash-nash yang umum sahaja.

Oleh itu amatlah penting, kita membezakan pengertian antara al-Jamaah menurut syarak dengan jamaah-jamaah Islam yang ada pada hari ini spt al-Ikhwan dsbnya.

Dan, jamaah-jamaah Islam yang ada ini bukanlah jamaah kaum muslimin atau al-Ummah sepertimana yang dimaksudkanoleh syarak. Ia dapat diberi pengertian sebagai satu perhimpunan/tajammu’ yang didirikan oleh kalangan orang-orang Islam atas dasar ta’awun alal birri Wat Taqwa (bantu membantu ke arah kebaikan dan taqwa). Ia dapat meliputi parti, gerakan Islam, badan-badan islam atau kebajikan dsbnya.

Oleh itu, berdasarkan kepada pengertian al-jamaah, maka menggariskan syarat2 keahlian atau ciri2nya bagi gerakan Islam seperti ini oleh sebahagian tokoh gerakan Islam, hanyalah untuk kebaikan dan kepentingan jamaah itu sendiri. Dan ia bukanlah asas perbincangan mengenai pengertian al-Jamaah yang sedang kita bincangkan.

Seperti perkumpulan, persatuan atau badan-badan kebajikan, mereka boleh sahaja meletakkan apa sahaja ciri-ciri yang mesti ada untuk menjadi ahli. Ini adalah demi menjaga kebaikan persatuan atau pertubuhan berkenaan agar dapat mencapai matlamat yg disasarkan. Namun ia bukanlah sesuatu yang wajib secara syarak ke atas pertubuhan berkenaan.

Dan ummat Islam juga tidak diwajibkan menganggotai mana-mana pertubuhan atau persatuan atau parti Islam. Dan dalam satu2 masa umat Islam juga boleh menganggotai lebih dari satu jamaah/parti/pertubuhan Islam. Malah mereka boleh keluar dan masuk bila- bila masa sahaja.

Ini berbeza dengan al-Jamaah dalam pengertian syarak. Mana-mana manusia wajib ikut serta dan bergabung dengan aliran yang berada dijalan kebenaran al-Quran dan al-Sunnah, serta mengikuti apa yang dilalui oleh para salafus soleh dalam berpegang kepada kebenaran dan mengikut al-Sunnah. Keluar darinya bermakna sesat, malah sampai ke tahap kufur.

————–
Akhirnya, tentang menerima keahlian non muslim bagi pertubuhan Islam atau badan-badan Islam, itu persoalan yang bukan asas. Seperti yang saya nyatakan sblm ini, boleh atau tidaknya bergantung kepada keperluan. Bukanlah boleh atau tidaknya itu sebab memang ada dasarnya dalam agama.

Untuk pembahasan yang cukup panjang, sila baca jawapan Dr Kamal al-Masri di sini:

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=26687

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&p=123224#123224

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s