Berlunjur kaki di masjid

Salam apkah adab2 dlm masjid, berdasarkan sunnah rasul..ade yg kata x bleh lunjur kaki arah kiblat bila dlm surau betulke?

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Berkenaan hukum berlunjur atau terlentang dalam masjid, terdapat hadis yang menunjukkan ia harus. Daripada Abdullah bin Zaid Al-Mazini,

أنه رأى رسول الله صلى الله عليه و سلم مستلقيا في المسجد واضعا إحدى رجليه على الأخرى

Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kakinya ke atas kaki yang satu lagi.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 463) dan Sahih Muslim (no: 2100).

– Berdasarkan hadis ini, ulama mengambil hukum HARUS berbaring sambil terlentang dalam masjid selagi kedudukan seperti itu tidak menyebabkan terdedah aurat.

– Para ulama yang mengharuskan kedudukan seperti itu tidak memperincikan samada kakinya menghadap kiblat ataupun ke arah lain. Kerana tidak ada nas yang melarang daripada menghadapkan kaki ke arah kiblat.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
– Syarah Sahih Muslim 14/77-78
– Ahkam Al-Masaajid oleh Albani m/s 239

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s