Kem Ibadah Dan Motivasi Remaja di Melaka:23-25 Mei

Tarikh: 23-25 Mei 2008
Lokasi:Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina,
Pulau Sebang Utara, Tampin Pos,
Melaka

Umur Peserta: 13 tahun hingga 17 tahun

Yuran: RM 25 sahaja

Objektif:

1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja-remaja untuk meningkatkan pengetahuan agama mereka lebih-lebih lagi di dalam ibadah fardhu mereka iaitu solat.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

3) Merapatkan golongan remaja dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

5) Memberikan motivasi cemerlang di dalam akademik.

Apa itu Tajdid:

Mengembalikan sesuatu kepada bentuk yang asal.

Kem Remaja Tajdid bermaksud:

Bermatlamat untuk membimbing golongan remaja kembali kepada cara beragama seperti Aqidah, Ibadah, dan Akhlak sebagaimana yang asal yang di ajar oleh Rasulullah SAW.

Syarat Penyertaan:

1) Terhad kepada 60 orang peserta sahaja (30 lelaki dan 30 perempuan)

2) Berumur 13 hingga 17 tahun.

3) Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2008.

Modul Program:

1) Latihan di dalam kumpulan (LDK)- Para peserta akan diberikan satu permainan atau ‘game’. Permainan ini berkaitan dengan topik-topik seperti akidah, akhlak, ibadah dan akademik. Fasilitator akan memantau perjalanan permainan. Selepas tamat permainan, objektif, hikmah dan pengajaran daripada permainan akan diterangkan oleh fasilitator.

2) Tadarus Al-Quran- Peserta akan duduk di dalam kumpulan, fasilitator akan memilih satu muka muka al-Quran. Para peserta akan bergilir-gilir membaca beberapa ayat. Fasilitator akan menerangkan hukum tajwid dan membetulkan kesilapan bacaan peserta. Di akhir sesi, pengajaran daripada ayat-ayat yang dibaca akan dibincangkan oleh fasilitator bersama peserta.

3) Mari mantapkan solat- Para peserta akan diberikan nota wudhu dan solat yang mengandungi tatacara solat Rasulullah SAW berserta dalil-dalil perbuatan dan bacaan di dalam solat berdasarkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Fasilitator juga akan menguji pengetahuan peserta di dalam solat.

Kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta:

1) Alat tulis

2) Pakaian- untuk solat, berehat dan beriadah

3) Peralatan mandi- tuala, sabun, ubat gigi dan lain-lain.

4) Peralatan tidur- Bantal dan selimut

Sebarang pertanyaan berkaitan kem ini boleh dirujuk kepada saudara Mohd Masri Mohd Ramli 0132506391


Tentatif Program:

23 Mei 2008, Jumaat

02.30 pm : Pendaftaran

03.00 pm : Taklimat program kepada peserta

03.30 pm : Pembahagian kumpulan dan fasilitator

04.00 pm : Ice-breaking

04.45 pm : Solat Asar

05.00 pm : Riadhah

06.00 pm : Hemat diri

06.45 pm : Makan malam

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

“Mari Mengenal Allah”

08.30 pm : Solat Isya’

09.00 pm : LDK 1: “Siapa Kita Sebenarnya?”

10.30 pm : Persembahan video

11.00 pm : Minum malam

11.30 pm : Tidur

24 Mei 2008, Sabtu

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06:20 am: Kuliah Subuh

06.40 am : Tadarus Quran (juzu’ 30)

07:30 am: Riadhah

08.00 am : Hemat diri

08.30 am : Sarapan pagi

09.00 am : Kuliah 2 – “Cinta Rasul: Rasulullah Idola Kita”

10.00 am : LDK 2 :

12.30 am : Makan tengahari

01.00 pm : Qoilulah & solat Zohor

02.00 pm : Kuliah 3- “Kami Pelajar Cemerlang”

02.45 pm: LDK 3

03.30 pm : Minum petang

04.45 pm : Solat Asar

06.00 pm : Hemat diri

06.40 pm : Makan malam

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :”Kita adalah Pengembara”

08.30 pm : Solat Isya’

09.00 pm : “Mari Mantapkan Solat”

11.00 pm : Minum malam

11.30 pm : Tidur

25 Mei 2008, Ahad

05.00 am : Qiamullail

06.00 am : Solat Subuh

06.30 am : Sambungan “Mari Mantapkan Solat”

08.00 am : Hemat diri & sarapan pagi

08.30 am : LDK 4 :

10.00 am : Minum pagi

10.30 am : Majlis penutup

11.30 am: Penyerahan kad laporan kepada ibu bapa

Sila hubungi saudara Mohd Masri Mohd Ramli untuk pendaftaran   0132506391

Masjid Kuala Ina terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Ia berhadapan dengan Tokong Naga@DRagon Temple.

Pembayaran juga boleh dilakukan dengan bank in ke akaun tersebut:
Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon
Bank Islam
No. Akaun: 14-162-02-014192-0.
Bagi pembayaran melalui akaun ini, sila hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan bawa resit bank in pada waktu pendaftaran 23 Mei.

Bagi mereka yang mahu berjumpa secara terus dengan saudara Mohd Masri, boleh hadir ke masjid Aleyah, pada waktu Maghrib sehingga Isya’. Insya-Allah setiap malam available.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s