Cara duduk antara 2 sujud,solat sunat subuh sblm azan dan qadha solat snat

Salam

Saya ada beberapa kemusykilan berkenaan beberapa perkara

1) saya ada terbaca berkenaan duduk antara dua sujud,
dikatakan sunat duduk diatas dua tumit

soalannya bagaimanakah cara duduk di atas tumit tersebut?
kalau berkemampuan adalah lebih baik disertakan gambarnya

2) saya ade mendengar kuliah menyatakan solat sunat sebelum subuh boleh dibuat sebelum azan subuh

soalannya adakah maksud sebelum azan subuh itu sebelum masuk waktu subuh?

3) Berkenaan qadha solat sunat
bolehkah kita menqadha solat sunat yg sudah lepas
jika boleh, bolehkah kita menqadha solat sunat sebelum subuh selepas subuh dan solat sunat sebelum asar selepas asar.?

syukran,

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Tatacara duduk antara dua sujud, adalah duduk iftirasy (seperti tasyahhud awal) di sisi majoriti ulama. Berdasarkan hadis Umar bin al-Khattab katanya: “Antara sunnah dalam solat ialah menegakkan kaki kanan, menghadapkan jari-jarinya ke arah kiblat, dan duduk di atas kaki kiri” Direkod oleh Nasai (no: 1138).

Dan boleh juga kalau duduk secara iq3a’ إقعاء iaitu: kedua-dua kaki ditegakkan, dan duduk di atas tumit (belakang) kedua-dua belah kaki. Cara ini juga sunnah, berdasarkan hadis Ibn Abbas beliau ditanya tentang duduk cara ini di dalam solat, jawabnya: “Sunnah”. Direkod oleh Muslim (no: 536).

2) Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: “Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh”.

Dalilnya hadis Hafsah r.a: “Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila kelihatan fajar maka baginda bersolat dua rakaat”. Direkod oleh Muslim (no: 723).

Kata Imam Nawawi: “Hadis ini menunjukkan solat sunat Subuh tidak masuk waktunya kecuali setelah terbit fajar”. (Syarah Sahih Muslim 6/352).

Juga hadis Hafsah r.a. “Adalah rutin Rasulullah SAW, apabila muazzin senyap daripada azan Subuh, dan fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat yang ringkas sebelum didirikan solat”. Direkod oleh Muslim (no: 723).

3) Sabit dalam amalan Rasulullah SAW mengqadha’ solat sunat. Dalam hadis Ummu Salamah r.a. katanya: Nabi SAW pernah bersolat dua rakaat selepas Asar, lalu aku menyoal baginda tentangnya. Sabdanya: Sekumpulan manusia dari suku Abd Qais datang kepadaku, dan mereka menyibukkan aku daripada dua rakaat selepas Zohor. Maka inilah (qadha) dua rakaat tersebut”. Direkod oleh Bukhari (no: 1176), dan Muslim (no: 834).

Dan boleh dilakukan qadha’ tersebut walaupun pada waktu yang ditegah daripada solat, kerana Nabi SAW mengqadha’nya selepas solat Asar.

Wallahu A’lam

al-ahkam

Advertisements

One thought on “Cara duduk antara 2 sujud,solat sunat subuh sblm azan dan qadha solat snat

  1. Salam…

    Saya ingin bertanya..apakah solat sunat yang biasa dilakukan sebelum solat fardhu dan apakah pula solat sunat yang biasa dan boleh diamalkan selapas selesai solat fardhu..

    harap dapat membantu..kerana saya sangat keliru.
    Terima kasih..

    Waalaikumussalam wbt.

    Ia dinamakan solat sunat rawatib qabliah (sebelum solat fardhu) dan ba’diah (selepas solat fardhu).

    Solat qabliah ada pada setiap solat fardhu, manakala ba’diah, tidak ada untuk selepas Subuh dan Asar.

    Wallahua’am.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s