Berpoligami kerana tak cukup layanan seks isteri. Melampaukah?

Assalamualaikum Wmt Wkt, Didoakan semoga semua ahli panel berada dalam kesejahteraan dan inayah Allah

1. Apa pendapat ahli-ahli panel jika suami yang mampu ingin berkahwin seorang lagi dengan alasan isteri tidak mampu menlayan suami setiap malam? Adakah ini keterlaluan?

2. Apakah maksud mampu bagi suami yang ingin berkahwin lagi

Jzkmllh

jawapan:

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Alasan ini tidaklah keterlaluan. Syeikh Mohammad Salih Munajjid didalam audio jawapannya kepada isteri yang tidak dapat melayan keinginan seks suaminya yang tinggi mengatakan : “Alasan yang anda nyatakan didalam soalan anda adalah asas yang mencukupi untuk mengambil isteri lagi seorang”.

2. Disini saya bahawa petikan fatwa Syiekh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan syarat MAMPU sebagai kondisi berkahwin lebih dari satu. Kata beliau :-

الزواج بأكثر من زوجة واحدة أمر مطلوب بشرط : أن يكون الإنسان عنده قدرة مالية ، وقدرة بدنية ، وقدرة على العدل بين الزواجات .

“Berkahwin lebih dari satu isteri adalah perkara yang dituntut dengan syarat : seseorang itu hendaklah mempunyai kemampuan harta, kemampuan fizikal dan mampu berlaku adil diantara isteri-isterinya” (Fataawa Islamiyyah, 3/205).

Imam Syafie rh didalam membicarakan mengenai ‘berlaku adil’ menyebut : “Adalah Sunnah Rasulullah saw dan pandangan kebanyakkan ulama’ menunjukkan bahawa seorang lelaki hendaklah membahagi-bahagikan masanya, malam dan siang, disisi isteri-isterinya, dan mesti membahagikannya sama rata, dan tidak dibenarkan berat sebelah didalamnya” (al-Umm, 5/110)

Sekian, wassalam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s