Bolehkah orang kafir menyentuh al-Quran? Hantar Quran ke negara kafir?

HUKUM ORANG KAFIR MENYENTUH AL-QUR’AN TERJEMAH

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Saya memiliki Al-Qur’an dengan terjemahannya berbahasa Inggeris, bolehkah disentuh oleh orang kafir?

Jawapan
Tidak mengapa terjemahan Al-Qur’an berbahasa Inggeris itu atau bahasa-bahasa lainnya disentuh oleh orang kafir, kerana terjemahan itu merupakan tafsiran makna-makna Al-Qur’an, jika disentuh oleh orang kafir, atau oleh orang yang tidak suci, maka itu tidak mengapa. Ini kerana terjemahan itu tidak ada hukumnya di dalam Al-Qur’an, hukumnya sama dengan buku tafsir, buku-buku tafsir boleh disentuh oleh orang kafir atau oleh orang yang tidak suci, demikian juga buku-buku hadits, fiqih, bahasa arab dan sebagainya. Wallahu waliyut taufiq.

(Majalah Al-Buhuts Al-Istamiyyah (45), Syaikh Ibnu Baz, hal. 115)

BOLEHKAH MENGIRIM MUSHAF MELALUI POS KE NEGARA-NEGARA KAFIR

Oleh
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta

Pertanyaan.
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Iifta ditanya :. Di negeri ini ada orang-orang asing dan juga lainnya yang datang ke pejabat pos dengan membawa bungkusan yang di dalamnya terdapat mushaf , mereka hendak mengirimkannya ke negara-negara bukan Arab, terutama negara-negara kafir. Apakah boleh mengirimkan Al-Qur’anul Karim ke negara-negara tersebut, sementara disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari, riwayat dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bepergian dengan membawa Al-Qur’an ke negeri musuh (1)?

Jawapan.
Alhamulillah, segala puji bagi Allah semata. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Wa ba’du.

Jika pengirim mushaf itu seorang muslim, maka tidak apa-apa dikirimkan, baik dikirimkan ke negara Arab ataupun lainnya, baik Negara itu berpenduduk muslim atau pun bukan muslim. Sebab pada dasarnya, sebagaimana disebutkan tidak disentuh oleh tangan orang-orang kafir, kerana mushaf itu tidak dikirimkan kepada mereka sehingga tidak dikhuatiri. Kecuali jika yang ditujunya itu seorang muslim yang berada di negeri perang, atau tidak terjaminnya mushaf dari perampasan orang-orang kafir dari tangan si penerima atau petugas pengiriman, maka mushaf itu tidak boleh dikirimkan kepadanya, hal ini sebagai pelaksanaan hadits yang disebutkan dalam pertanyaan.

Hanya Allah lah yang kuasa memberi petunjuk, shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya.

(Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’ imah, fatwa nombor 3497)

MENEMPATKAN BUKU-BUKU YANG MENGANDUNG AYAT-AYAT AL-QUR’AN DI HADAPAN ORANG-ORANG NASHRANI

Oleh
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta

Pertanyaan.
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal ifta ditanya : Apakah boleh saya menempatkan buku-buku yang mengandung ayat-ayat yang mulia yang mengupas tentang keesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tertulis dengan bahasa Arab beserta terjemahannya berbahasa Inggeris di hadapan orang-orang Kristian?

Jawapan
Ya, anda boleh menempatkan di hadapan mereka buku-buku yang mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an untuk dijadikan dalil hukum-hukum, tauhid dan sebagainya, baik itu yang berbahasa Arab maupun terjemahannya. Bahkan anda wajar mendapat ucapan terima kasih kerana telah menempatkan itu di hadapan mereka atau meminjamkannya kepada mereka untuk dipelajari, kerana hal ini merupakan salah satu bentuk dakwah ke jalan Allah dan pelakunya mendapat pahala jika ia ikhlas dalam melakukannya.

(Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah, juz. 2, hal. 75)

(Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Penyusun Khalid Al-Juraisy, Edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerjemah Amir Hamzah dkk, Penerbit Darul Haq)
__________
Foote Note
(1). HR. Al-Bukhari dalam Al-Jihad (2990), Muslim dalam Al-Imarah (1869). http://www.almanhaj.or.id/content/2406/slash/0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s