Tidur Waktu Khutbah Jumaat

Assalaamu’alaikum Wr Wb

Begini ustadz. Biasanya kalau saat kutbah jum’at, ramai para jama’ah (termasuk saya) yang tertidur. dan begitu selesai khutbah langsung bangun dan segera sholat jum’at.

Bagaimana dengan sholat jum’at saya? Apa perlu wudhu lagi? Mohon penjelasan.

Terima kasih

Wassalaam

Abdullah

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Memang secara hukum, bila seseorang telah ikut shalat Jumaat bersama imam, maka hukum shalat Jumaatnya telah sah, bahkan meski dia hanya ikut imam di rakaat terakhir pada saat imam sedang ruku’. Itu adalah batasan akhirnya.

Dan bila ikutnya seorang makmum kepada imam di shalat Jumaat itu telah lewat dari ruku’nya imam, maka dia tidak mendapatkan shalat Jumaat. Baginya wajib melakukan shalat Dzhuhur sebanyak empat rakaat.

Jadi kesimpulannya memang seorang yang tidak sempat ikut mendengarkan khutbah jumaat, tetap terhitung telah mendapatkan shalat Jumaat.

Hanya saja secara kualiti ibadah, tertidur saat mendengar khutbah Jumaat patut disesalkan. Kerana kesempurnaan ibadah shalat Jumaat tentu saja dengan cara ikut dalam khutbah.

Namun melihat keadaan tertidur saat mendengar khutbah jumaat itu, kita tidak boleh main menghukum begitu saja, sebab belum tentu kesalahan terletak pada diri orang yang tidur. Siapa tahu khatibnya juga membuatkan jamaah mengantuk. Entah kerana suaranya perlahan, penyampaiannya kurang merangsang, atau, hingga orang bosan mendengar. Akhirnya, tidur pulas jadi pilihan ‘secara fitrah’.

Tempoh Khutbah

Seharusnya khutbah Jumaat itu tidak perlu terlalu lama, cukup 15 minit saja, paling lama 20 minit. Semakin pendek khutbah, semakin baik. Kalau masih ingin memberikan ceramah agama yang panjang, atau pakai tanya jawab, maka silakan lakukan setelah selesai shalat.

Sebenarnya tidak salah bila ada pengurus masjid punya kebijaksanaan untuk membatasi tempoh khutbah jumaat hanya 10 minit, lalu langsung dilakukan shalat jumaat.

Selesai itu diumumkan kepada jamaah yang memang tidak terlalu terburu-buru, agar mendengarkan ceramah agama atau mau’izhah hasanah, atau juga tanya jawab, yang dilaksanakan setelah shalat Jumaat usai. Tentu saja hukumnya bukan wajib, tetapi suat.

Dan kewajipan shalat Jumaat sudah terpenuhi terlebih dulu, sedangkan yang memerlukan ilmu agama secara lebih mendalam, boleh tetap diam di tempat untuk mendengarkan kuliah agama.Yang punya keperluan dan pekerjaan, boleh langsung meninggalkan arena.

Malah dengan cara itu, kita akan tahu, siapa saja yang perlu ilmu dan siapa saja yang datang memang kerana untuk menggugurkan kewajipan. Dan dengan semakin pendeknya panjang khutbah jumaat, akan semakin kecil kemungkinan orang tertidur.

Kesalahan Jamaah

Tapi tidak selamanya kesalahan terletak pada diri khatib. Di Mesir misalnya, meski khutbah jumaat relatif lebih panjang, tapi semua orang sudah mafhum, di samping mereka memang perlu ceramah agama dari para ulama besar.

Kesempatan bertemu dan mendengarkan khutbah Jumaat dari para ulama besar dan ilmunya luas, memang pada saat shalat Jumaat. Penyampaian khutbah itu menjadi pencerahan yang amat ditunggu-tunggu para jamaah.

Di samping itu, hari Jumaat di Mesir adalah hari cuti. Sehingga kalau shalat Jumaat agak panjang, tidak ada yang gelisah mahu balik ke pejabat.

Suasananya memang sangat kontras dibandingkan dengan di negeri kita, yang umumnya orang kadang-kadang sibuk berbual , kadang sibuk mengirim sms, atau juga malah berbual melalui telefon. Selain itu tidak jarang khatibnya pun kurang mampu menguasai masalah dan massa. Sebahagian sudah gelisah kalau khatib agak memanjangkan khutbah.

Selain itu harus diakui juga adanya orang yang memang benar-benar kaki tidur. Tidak boleh bertemu dinding atau tiang, pokoknya terus mengambil peluang untuk tidur. Tak peduli khatib sedang teriak-teriak di atas mimbar.

Hukum Tidur Yang Membatalkan Wudhu’

Memang benar bahawa tidur itu akan membatalkan wudhu’. Dan bila wudhu’ sudah batal, maka tidak sah bila langsung melaksanakan shalat, kecuali bila sebelumnya berwudhu’ lagi.

Dalil bahawa tidur itu membatalkan shalat adalah hadits berikut ini:

مَنْ نَامَ فَلْيَتَوَضَّأ -رواه أبو داود وابن ماجة.

Siapa yang tidur maka hendaklah dia berwudhu’ (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Namun para ulama mengatakan bahawa tidak semua bentuk tidur akan membatalkan wudhu’. Ada beberapa kriteria yang berbeza, di mana tidak selamanya tidur itu membuat batal wudhu’.

Tidur yang membatalkan wudhu adalah tidur yang membuat hilangnya kesedaran seseorang. Termasuk juga tidur dengan berbaring atau bersandar pada dinding.

Sedangkan tidur sambil duduk yang tidak bersandar kecuali pada tubuhnya sendiri, tidak termasuk yang membatalkan wudhu’ sebagaimana hadits berikut:

عَنْ أَنَسٍ رَضي الله عنه قاَلَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهsيَنَامُونَ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّؤُنَ – رواه مسلم – وزاد أبو داود: حَتَّى تَخْفَق رُؤُسُهُم وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ

Dari Anas ra berkata bahawa para shahabat Rasulullah SAW tidur kemudian shalat tanpa berwudhu’ (HR Muslim) – Abu Daud menambahkan: Hingga kepala mereka terkulai dan itu terjadi di masa Rasulullah SAW.

Jadi usahakan seboleh mungkin untuk tidak tidur waku mendengarkan khatib shalat Jumaat. Sebab tujuan daripada mendengar khutbah adalah mendengarkan nasihat, wasiat dan penjelasan masalah agama.

Tapi para ulama sepakat bila seseorang tertidur saat khutbah dibacakan, tetap sah shalat jumaatnya. Dan kalau tidurnya termasuk kriteria yang tidak membatalkan, maka tidak perlu wudhu’ lagi.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://eramuslim.com/ustadz/shl/8306085037-tidur-saat-kutbah-jum039at-sahkah-sholat-jum039atnya.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s