Solat Jumaat tak cukup 40 Orang

Saya adalah seorang yang bekerja disalah satu perusahaan pelayaran di United States, kapal berlayar walaupun hari Jumaat.

Pertanyaan: Apakakah kami (tidak lebih dari 10 orang muslim) boleh mengadakan shalat Jumaat atau mengerjakan shalat Dhzuhur saja, mengingatkan diantara kami juga tidak punya kebolehan untuk boleh berkhutbah.

A W

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Shalat Jumaat adalah shalat yang wajib dilakukan oleh setiap muslim, namun dengan ketentuan lelaki (bukan wanita) dan dalam keadaan muqim (bukan dalam perjalanan). Dalilnya adalah hadits nabi SAW berikut ini:

Dari Thariq bin Syihab ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Shalat Jumaat itu adalah kewajipan bagi setiap muslim dengan berjamaah, kecuali (tidak diwajibkan) atas 4 orang. (1) Hamba, (2) Wanita, (3) Anak kecil dan (4) Orang sakit.” (HR Abu Daud)

Al-Imam An-Nawawi berkata bahawa isnadnya shahih sesuai dengan syarat dari Bukhari. Ibnu Hajar mengatakan bahawa yang menshahihkan hadits itu bukan hanya satu orang.

Dengan demikian, orang-orang yang sedang dalam perjalanan ke luar kota, seperti anda yang berada di kapal laut, pada hakikatnya tidak dibebani untuk melakukan shalat Jumaat.

Untuk itu maka yang wajib anda lakukan adalah melakukan shalat Dhuhur. Bahkan kerana dalam perjalanan, maka Anda pun berhak untuk melakukanya dengan dua rakaat saja, langsung diteruskan dengan shalat Ashar dua rakaat juga.

Semua ini adalah kemudahan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam kepada para musafir.

Akan tetapi bila anda memang punya kesempatan untuk ikut shalat Jumaat yang diadakan di suatu tempat, di tengah perjalanan Anda, maka cukup shalat Jumaat itu saja yang anda lakukan, tidak perlu lagi anda melakukan shalat Dzhuhur.

Jumlah minimal Jamaah Shalat Jumaat

Di sisi lain, memang ada sedikit perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang berapa jumlah minimal yang dimungkinkan untuk mendirikan shalat Jumaat.

As-Sayyid Sabiq dalam Fiqhus Sunah menyebutkan paling tidak ada 15 pendapat yang berbeza dalam menetukan batas minimal jumlah jamaah dalam shalat Jumaat.

Meski boleh tidak mencapai 40 orang, bukan berati setiap beberapa orang boleh menyelenggarakan sendiri-sendiri dengan 2 atau 3 orang. Bukan demikian pengetianya, tetapi bila memang tidak ada lagi orang muslim lainnya di suatu tempat.

Syeikh Ibnu Taimiyyah berpendapat: “Sholat Jum’at boleh dilakukan oleh tiga orang; satu orang berkhutbah dan dua orang mendengarkan khutbah tersebut. Dan ini merupakan salah satu riwayat dari Ahmad dan merupakan pendapat sebahagian ulama”. Lihat kitab Al-Ikhtiyaarot Al-Fiqhiyyah Min Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah BabAl-Ba’ly hal 145-146.

Pandangan Para Imam Mazhab Tentang Jumlah Minimal Jamaah

1. Pendapat Kalangan Al-Hanafiyah

Al-Hanafiyah mengatakan bahawa jumlah minimal untuk syahnya shalat jumaat adalah tiga orang selain imam. Nampaknya kalangan ini berangkat dengan pengertian lughawi (bahasa) tentang sebuah jamaah. Yaitu bahawa yang boleh dikatakan jamaah itu adalah minima tiga orang.

Bahkan mereka tidak mensyaratkan bahawa peserta shalat jumaat itu harus penduduk setempat, orang yang sihat atau lainnya. Yang penting jumlahnya tiga orang selain imam/ khatib.

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa tidak ada nash dalam Al-Quran Al-Karim yang mengharuskan jumlah tertentu kecuali perintah itu dalam bentuk jama`. Dan dalam kaidah bahasa arab, jumlah minima untuk boleh disebut jama’ adalah tiga orang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum`at, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(QS. Al-Jumu’ah: 9)

Kata kalian menurut mereka tidak menunjukkan 12 atau 40 orang, tetapi tiga orang pun sudah mencukupi makna jama’.

2. Pendapat kalangan Al-Malikiyah

Al-Malikiyah menyaratkan bahawa sebuah shalat jumaat itu baru sah bila dilakukan oleh minima 12 orang untuk shalat dan khutbah.

Jumlah ini didapat dari peristiwa yang disebutkan dalam surat Al-Jumu’ah yaitu peristiwa bubarnya sebahagian peserta shalat jumaat kerana datangnya rombongan kafilah dagang yang baru pulang berniaga. Serta merta mereka meninggalkan Rasulullah SAW yang saat itu sedang berkhutbah sehingga yang tersisa hanya tinggal 12 orang saja.

وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ مِّنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri. Katakanlah: `Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan`, dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezki.(QS. Al-Jumu’ah: 11)

Oleh kalangan Al-Malikiyah, tersisanya 12 orang yang masih tetap berada dalam shaf shalat Jum’at itu itu dianggap sebagai syarat minima jumlah peserta shalat Jumaat. Dan menurut mereka, Rasulullah SAW saat itu tetap meneruskan shalat jumaat dan tidak menggantinya menjadi shalat zhuhur.

3. Pendapat kalangan Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah

Asy-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah menyaratkan bahawa sebuah shalat jumaat itu tidak syah kecuali dihadiri oleh minima 40 orang yang ikut shalat dan khutbah dari awal sampai akhirnya.

Dalil tentang jumlah yang mesti 40 orang itu berdasarkan hadits Rasulullah SAW:

عن جابر قال: مضت السنة أن في كل أربعين فما فوقها جمعة – رواه البيهقي

Dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah SAW shalat Jum’at di Madinah dengan jumlah peserta 40 orang. (HR Al-Baihaqi).

Inil adalah dalil yang sangat jelas dan terang sekali yang menjelaskan berapa jumlah peserta shalat jumaat di masa Rasulullah SAW. Menurut kalangan Asy-Syafi`iyah, tidak pernah didapat dalil yang shahih yang menyebutkan bahawa jumlah mereka itu kurang dari 40 orang. Tidak pernah disebutkan dalam dalil yang shahih bahawa misalnya Rasulullah SAW dahulu pernah shalat jumaat hanya bertiga saja atau hanya 12 orang saja. Kerana menurut mereka ketika terjadi peristiwa bubarnya sebahagian jamaah itu, tidak ada keterangan bahawa Rasulullah SAW dan sisa jamaah meneruskan shalat itu dengan shalat jumaat.

Dengan hujjah itu, kalangan Asy-Syafi`iyah meyakini bahawa satu-satu keterangan yang pasti tentang bagaimana shalat Rasulullah SAW ketika shalat jumaat adalah yang menyebutkan bahawa jumlah mereka 40 orang.

Bahkan mereka menambahkan syarat-syarat lainnya, yaitu bahawa keberadaan ke-40 orang peserta shalat jumaat ini mestilah sejak awal hingga akhirnya. Sehingga bila saat khutbah ada sebahagian peserta shalat jumaat yang keluar sehingga jumlah mereka kurang dari 40 orang, maka batallah jumaat itu. Kerana didengarnya khutbah oleh minimal 40 orang adalah bahagian dari rukun shalat jumaat dalam pandangan mereka.

Seandainya hal itu terjadi, maka menurut mereka shalat itu harus dirubah menjadi shalat zhuhur dengan empat rakaat. Hal itu dilakukan kerana tidak tercukupinya syarat syah shalat jumaat.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://eramuslim.com/ustadz/shl/8302003743-shalat-jumaat-kapal.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s