Aurat Wanita Mengikut Mazhab

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum Wr.Wb.

Saya mohon penjelasan mengenai aurat wanita yang boleh diperlihatkan, yang ditinjau dari beberapa mazhab.

Terimakasih
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.

Alma

Jawapan:

Assalamu alaikum wr.wb.



Semoga Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

 Bahagian tubuh wanita yang boleh dan tidak boleh terlihat adalah sebagai berikut:

– Kepada suami pada dasarnya semua bahagian tubuh waniat boleh terlihat. Hanya saja, menurut kalangan Syafii dan Hambali, kemaluan makruh untuk dilihat. Demikian pula menurut kalangan Hanafi.

-kepada sebelas golongan yang Allah sebutkan pada surat an-Nur ayat 31 yang merupakan mahram (seperti ayah, mertua, anak, adik, kakak, dst) maka menurut kalangan Maliki dan Hambali yang boleh terlihat adalah wajah, tangan, telinga, tengkuk, leher, rambut, tangan, dan betis boleh terlihat; sementara dada dan payudaranya tidak boleh terlihat.

Adapun menurut kalangan Hanafi, dada boleh terlihat kerana tempat perhiasan (kalung) yang biasa tampak.

Terakhir, menurut kalangan Syafii yang tidak diperbolehkan untuk dilihat oleh mahram hanyalah bahagian antara pusat dan lutut.

 

– Kepada sesama wanita muslimah, maka menurut kebanyakan fukaha hukummnya sama dengan aurat sesama muslim, yaitu antara pusat dan dengkul. Kerana itu, bahagian yang lain boleh dilihat selama aman dari fitnah dan tidak disertai syahwat.

-Kepada lelaki asing di luar mahram serta kepada wanita non-muslim, maka menurut jumhur ulama yang boleh terlihat hanya muka dan tangannya saja. Hanya saja, Abu Hanifah membolehkan memperlihatkan telapak kaki sebab menurutnya ia adalah bahagian yang biasa terlihat seperti dalam surat an-Nur ayat 31.

Demikian batasan yang ditetapkan oleh syariat. Sehingga ia tidak dibatasi oleh ruang, waktu, dan tempat. Kalau anda tidur dengan wanita non-muslim, maka anda tetap wajib menutup seluruh tubuh anda kecuali muka dan tangan.

Wallahu a’lam bish-shawab

.
Wassalamu alaikum wr.wb.

http://syariahonline.com/new_index.php/id/9/cn/32910

Advertisements

2 thoughts on “Aurat Wanita Mengikut Mazhab

  1. salam

    ape hukum memakai tudung bg seorang perempuan di hadapan ayah saudara (ayah saudara tu adik beradik kandung mak/ayah kita). boleh dinampakkan aurat atau haram?

    sudah search di laman ini, jmpa jwpn yg samar2, harap dpt bantu

    jzkk

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ya, mereka adalah mahram, jadi tidak perlu memakai tudung, cuma perlu pakai pakaian yang sopan sahaja.

    Wallahua’lam. [Silakan search topik tentang mahram, di situ ada dibincangkan secara detil siapakah mahram dan siapakah bukan mahram]

  2. assalamualaikum…
    nak tye nie… bagaimana aurat seorang muslimah..dengan perempuan yang bukan islam…>>???
    kate ustazah,,sek syer sme auratnye seorang muslimah dengan bukan mahram..,betul ke..?
    tapi bgimner kat asrme,aurat kite apabila kita satu dorm dgn orng bkn islam…takkan lah nak tutup aurat 24jam..?
    tapi bagaimner plak air sembahyang kite apabila tersentuh perempuan yg bkn islam…adakh trbatal wudhuk kite..??? n adkh haram bagi muslimah menyentuh perempuan bkn islam…??

    Assalamualaikum wbt,

    Menurut mazhab Syafie, aurat dengan perempuan bukan islam sama dengan lelaki bukan mahram. Jadi wajib ditutup apa yang wajib ditutup ketika berhadapan bukan mahram.

    Sebahagian ulama’ lain seperti Shaikh Bin Baz memberi fatwa bahawa aurat dengan wanita bukan muslim sama sahaja seperti dengan wanita muslimah yang lain, boleh buka apa yang biasa dilihat seperti rambut dan lain-lain.

    Tidaklah haram menyentuh bukan Islam yang sama jantina, dan tidaklah ia membatalkan wudhu.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s