Baca solat dalam hati dan bacaan duduk antara dua sujud

Salam saya agak keliru dengan bacaan dlm solat ketika berseorangan, apa yg sya fhm la, boleh bacaan dlm solat ketika berseorangan dlm hati atau sekadar baca dlm hati dan menggerakkan dimulut sahaja, satu hari saya terbac hadis dimana nabi muhamad s.a.w menegur bacaan saidina abu bakar dan saidina umar al-khattab ketika solat mlm agar sederhana shj, so x bleh la a bc bacaan dlm solat dlm hati??? memandangkan kdg2 bdn terlalu penat (kekadang malas gak) Yellow Very Happy so sy pun baca je dlm hati smbil menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara..

soalan kedua saya, bleh tak dlm rakaat pertama dlm keaadan ddk tahiyat sy bc rabbighrfirli sahaja, bacaan itu sy bc seberapa bnyk kali..bleh buat gitu??? dan dlm rakaat kedua plak dlm keadaan yg sama saya baca rabbighrfirli warhamni wajjburni warfa’ni wahdini wa’afini warzuqni.. nak dikatakan saya tukar2 bacaan bila dlm solat memandangkan bacaan dlm solat bnyk yg sahih dr nabi… harap diberi penjelasan..sekian, jazakallah hu khairan kepada panel2 al-ahkam yg memberi jwpn.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Imam Malik rh. pernah ditanya oleh seseorang mengenai seseorang yang bersolat, apabila dia membaca (zikir atau ayat al-Quran) tidak kedengaran pada orang lain, mahupun pada dirinya sendiri, dan dia tidak mengerakkan lidahnya. Berkata Imam Malik rh :-

ليست هذه قراءة ، وإنما القراءة ما حرك له اللسان

“Bukanlah dia membaca, malah sesungguhnya membaca ialah dengan mengerakkan lidahnya” [Ibn Rush, al-Bayaan wa al-Tahsil, 1/490].

Berkata Ibn Utsaimin rh, jika seseorang itu membaca didalam hati, perbuatan ini tidak memadai. Kaedah ini diaplikasikan kepada semua bentuk zikir, tidak mencukupi hanya didalam hati sahaja. Hendaklah digerakkan lidah dan bibir, kerana zikir merupakan perkataan yang perlu dilafaz, dan hanya dapat dicapai dengan menggerakkan lidah dan bibir. [Majmu’ Fataawa Ibn Utsaimin, 13/156].

Anda hendaklah membaca bacaan al-Quran atau zikir sekadar dapat didengari oleh diri anda, dan bukan didalam hati sahaja.

2. Mengenai bacaan pada duduk antara dua sujud, bacaan yang thabit (sahih datang) dari Nabi saw adalah (رب اغفر لي ) sebagaimana hadith Huzaifah ra (Abu Daud #874, Ibn Majah #897). Adapun bacaan tambahan itu tidaklah thabit dari Nabi saw.

Menurut Syiekh Abdul Aziz al-Thorifi bahawa mengulangi bacaan Rabbirgfirli beberapa kali tidaklah mengapa, kerana Nabi saw pernah memanjangkan duduk diantara dua sujud. [Sifatu solaati al-Nabii, ms 134-135].

Sekian, wassalam

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&p=117598#117598

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s