Adakah Dagu Aurat? Wajib tak basuh waktu wudhu?

Salam

mohon ahli penal membentangkan dalil2 dan pendapat mengenai perkara ini. jzk

Wassalam

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Persoalan adakah dagu aurat, adalah furuk (pecahan) kepada persoalan adakah muka wanita itu aurat. Kerana syarak tidak menaskan secara terang hukum dagu, tetapi menaskan dalam dalam al-quran dan sunnah hukum berkaitan dengan muka.

Dan hukum dagu adalah hukum muka. Hujahnya:
i- Muka darisegi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

ii- Ibn Umar menyebut: “Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala”. Muwatta’ Malik 3/473 dan disahihkan athar ini oleh Nawawi dalam Majmuk 7/268.
mafhum daripada kalam ini: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka.

iii- Imam syafie yg terkenal dengan ilmu lughah menaskan dalam al-Umm 7/242: Bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

iv-disebut dalam Musu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Ensklopedia Feqah Islam): Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

KESIMPULAN: HUKUM DAGU ADALAH HUKUM MUKA. (tetapi yg dimaksudkan ialah: bahagian dagu yg kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. manakala bahagian bawah daripada tulang dagu, adalah aurat.)

Adakah Dagu Wanita Aurat?
persoalan ini kembali kepada persoalan: Adakah muka wanita aurat?
-Jika memilih pendapat muka bukan aurat, maka dagu pun bukan aurat. sebagaimana pendapat kebanyakan ulama. majmuk 3/168, al-Insaf 1/452.
-Jika memilih pendapat semua badan perempuan adalah aurat, maka dagu juga adalah aurat.

wallahu a’lam

al-ahkam 

Salam (nampaknya hilang lg soalan saya dr bank soalan. Ini adalah solana kedua saya hantar berkenaan soalan yg sama 🙂

Baru-baru ini seorang Ustaz memberi tazkirah di Masjid sekitar KL. Antara kata-katanya yg saya ingin meminta clarification dr al-ahkam ialah “Dagu adalah tidak termasuk dalam kawasan muka. Disebabkan itu tidak disyaratkan utk melalukan/membasahkan air di kawsan dagu. Cukup hanya kawasan muka, hingga ke tempat anak rambut dan di depan telinga”.

Berdasarkan hujah di atas, beliau juga menyatakan bahawa, oleh krn dagu tidak dalam definisi muka, jadi para wanita wajib menutup auratnya sehingga ke kawasan dagu yakni memakai tudung dengan menutup dagunya krn kawasan yg dibenarkan utk dibuka ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.

Bolehkah panel al-ahkam memebrikan nas berkenan perkara ini krn dlm tazkirah tersebut tidak pula dinyatakan nas atau ijtihad para ulama’ muktabar berkenaan perkara ini. Jzk

jawapan:

Firman Allah S.W.T:
“…Basuhlah muka-muka kamu…” (Surah Al-Maidah: ayat 6)

“dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (Surah An-nurr ayat 31)

Terdapat beberapa hadith yang mewajibkan (Riwayat Abu Daud dan disaahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’) agar menyelati janggut dgn wudhu’ sekiranya janggut itu tebal (air tidak dapat melaluinya). Ini menunjukkan bahawa dagu adalah termasuk dlm daerah muka.

Wahbah Az-Zuhaili mendefinisikan daerah muka; panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2 anak telinga.

Sekiranya dagu tidak termasuk dlm wudhu’, tentulah ia (membasuh) akan disebut dgn terperinci seperti mana membasuh tangan hingga siku.
“dan kedua tanganmu hingga siku.” (Surah Al-Ma’idah : 6).

Leher tidak termasuk dlm daerah muka kerana ayat surah an-nuur dan tafsiran syeikh muqatil pada surah al-ahzab bahawa tabarruj itu ialah melepaskan tudung dari kepala dan tidak diikatnya sehingga kalung, leher nampak ke semuanya. Jadi, terdapat garis pemisah leher. Selain leher, disebut sebagai muka.

Lihat gambarajah berikut:

Image

rujukan:
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
tatacara berwudhu’, Syeikh Jibrin

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s