Tukar Imam Solat

1) Boleh ker kita tukar imam,wlupun dah bersolat??

2) kalau boleh,camne klu imam pertama tu dah solat utk rakaat kedua(atau lebih)??

camne dgn hadith di bawah ni?

Dari hadith dibawah..

Dari Sahal bin Sa’ad As Sa’idi r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَهَبَ إِلَى بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتْ الصَّلَاةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّي لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ قَالَ نَعَمْ فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ فِي الصَّلَاةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لَا يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لِابْنِ أَبِي قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّيَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لِي رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمْ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

“Rasulullah SAW pergi ke kampung Bani ‘Amru bin ‘Auf untuk mengadakan perdamaian sesama mereka. Kebetulan waktu solat tiba.

Muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata, “Mahukah kamu mengimami solat?”Biarlah aku yang qamat.” “Baiklah!” jawab Abu Bakar. Ketika Abu Bakar sedang solat. Tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan terus maju hingga sampai ke saf (pertama).

Orang-orang bertepuk, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Ketika tepukan tangan bertambah banyak barulah dia menoleh dan terlihat kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap ditempatnya. Tetapi Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah ‘Azza wa Jalla atas suruhan Rasulullah SAW itu. Kemudian dia mundur hingga sejajar dengan saf, sedangkan Rasulullah SAW maju ke depan mengimami solat selanjutnya.

Setelah selesai solat, baginda bertanya kepada Abu Bakar, “Hai, Abu Bakar! Apa sebabnya kamu tidak mahu, ku suruh tetap ditempatmu menjadi imam?”

Jawab Abu Bakar, “Tidaklah elok bagi anak Abu Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah SAW.”

Kemudian baginda bertanya kepada jama’ah, “Aku lihat kamu semua ramai bertepuk tangan, mengapa? Siapa yang hendak mengingatkan sesuatu dalam solat hendaklah dia tasbih (membaca ‘subhanallah’) kerana apabila dia tasbih orang akan melihat kepadanya. Sedangkan bagi kaum wanita bertepuk tangan.” (H.R Bukhari & Muslim)

jawapan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan ini pernah dijawab dahulu didalam forum ini.

Quote:
1) Boleh ker kita tukar imam,wlupun dah bersolat??

Boleh, sebagaimana hadith Sahal bin Sa’ad As Sa’idi r.a. yang dipaparkan diatas.

Quote:
2) kalau boleh,camne klu imam pertama tu dah solat utk rakaat kedua(atau lebih)??

Siapa yang dilantik menjadi Imam, dia perlu meneruskan baki rakaat yang tinggal padanya. Makmum juga perlu mengikut Imam sebanyak mana baki solatnya yang tertinggal. Di riwayatkan dari Muaz ibn Jabal berkata : Nabi saw bersabda :-

إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الصَّلاةَ وَالإِمَامُ عَلَى حَالٍ فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الإِمَامُ

“Apabila salah seorang diantara kamu mendatangi solat dan Imam dalam keadaan apa sekalipun, maka lakukan sebagai yang dilakukan oleh Imam” [Hadith Riwayat Timudzi, #591].

Didalam hadith lain, Nabi saw bersabda :-

إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلاةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ , فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا , وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

“Apabila kamu menyertai solat hendaklah dalam keadaan tenang (sakinah), apa sahaja yang dapat anda sertai, maka solatlah, dan apa sahaja yang anda tertinggal, sempurnakan” [Hadith Riwayat al-Bukhari #635].

Berikut kami petik jawapan yang lalu :-

SJ-05-0223 Solat ‘2 imam’ in 1 masa … wrote:
1. Didalam al-Mughni (2/105 dan 222) ada menyatakan : setelah Imam selesai memberi salam, bangun salah seorang makmum dan bersolat dibelakang sahabatnya yang sama bersolat dengannya bagi menyempurnakan baki solatnya, dan perbuatan di dianggap sah. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh, 2/178, cet ke 3, 1989].

Perbuatan ini merupakan kaedah berpindah kepada jemaah yang lain, dengan mengambil dalil kisah Abu Bakar ra, Hadith Sahl bin Saad As-Saa’idiy r.a:

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ذهب إلى ‏ ‏بني عمرو بن عوف ‏ ‏ليصلح بينهم ‏ ‏فحانت ‏ ‏الصلاة فجاء ‏ ‏المؤذن ‏ ‏إلى ‏ ‏أبي بكر ‏ ‏فقال أتصلي بالناس فأقيم قال نعم قال فصلى ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏فجاء رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏والناس في الصلاة ‏ ‏فتخلص ‏ ‏حتى وقف في الصف فصفق الناس وكان ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏لا يلتفت في الصلاة فلما أكثر الناس التصفيق التفت فرأى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأشار إليه رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن امكث مكانك فرفع ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏يديه فحمد الله عز وجل على ما أمره به رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من ذلك ثم استأخر ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏حتى استوى في الصف وتقدم النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فصلى ثم انصرف فقال يا ‏ ‏أبا بكر ‏ ‏ما منعك أن تثبت إذ أمرتك قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏ما كان ‏ ‏لابن أبي قحافة ‏ ‏أن يصلي بين يدي رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من نابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما ‏ ‏التصفيح ‏ ‏للنساء

“Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita” [hadith Sahih Riwayat Muslim].

Perbuatan menukar Imam adalah sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie.

2. Jika Imam terbatal, lalu dilantik makmum di belakangnya, maka didalam situasi ini makmum dibelakangnya harus kedepan bagi mengisi ruang kosong yang ada. Imam Ahmad rh. ada meriwayatkan bahawa seseorang hendaklah maju kedepan, dan dia tidak sepatutnya membiarkan ruang kosong dihadapannya. [Ibn Qudamah, al-Mughni, 2/101].

Sekian, wassalam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s