Hukum Adat

apakah yang dimasudkan dengan adat muhkamah?dan adakah ia hukum yang qatie?

contohnya tempat tersebut makruf orang memandang gitar sebagai haram…maka benarkah kita akan mendapat dosa jika mbermin gitar dikawasan tersebut?

jawapan:

Al-Hamdulillah…..

Al-Jawab…

Secara ringkas berkenaan dengan Kaedah “al-‘Adah al-Muhakkamah”

Al-‘Adah al-Muhakkamah adalah merupakan salah satu daripada 5 kaedah asas dalam al-Qawa’id al-Fiqhiyyah yang juga disebut sebagai kaedah Kubra.

Kaedah ini amat berkait rapat dengan proses penetapan hukum-hakam dalam kehidupan manusia yang bersumberkan kepada uruf dan adat kebiasaan ketika mana dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.Maka dengan ini , tidak boleh diambil atau diangkat sesuatu urf atau adat kebiasaan itu sebagai hukum terhadap sebarang perkara yang mempunyai dalil-dalil atau nas tertentu dalam menetapkan hukum perkara tersebut.
Malah , apabila urf atau adat itu bercanggah dengan nas dan dalil maka ianya tertolak.Ini kerana menetapkan sesuatu hukum bersandarkan kepada urf dan adat kebiasaan dengan mengenepikan nas atau dalil adalah betentangan sekali dengan kaedah syarak.

Quote:
dan adakah ia hukum yang qatie?

Kaedah ini bukanlah hukum , tetapi ianya adalah salah satu cara yang diguna pakai dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu masalah yang tidak ada padanya dalil atau nas yang menerangkan hukumnya dan ianya juga tidaklah qat’ie , malah berubah-ubah mengikut perubahan yang berlaku pada urf dan adat tersebut.Adakalanya ia boleh , dan pada suatu ketika pula ia menjadi tidak boleh.Semuanya adalah berpaksikan kepada syariat Allah swt.

Asal kaedah ini adalah sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra :

الــوزن وزن أهل مكة , والمـــكيال مـــكيــال اهـــل المــــدينـــة

“Timbangan itu berdasarkan timbangan ahli makkah , dan sukatan itu berdasarkan sukatan ahli madinah.”
(HR Abu Daud , kitab al-buyu’ no : 2899 , dinilai SAHIH oleh Al-albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abi Daud.)

Juga berdasarkan firman Allah swt dalam al-Quran 7 : 199

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya).”

Quote:
contohnya tempat tersebut makruf orang memandang gitar sebagai haram…maka benarkah kita akan mendapat dosa jika mbermin gitar dikawasan tersebut?

Dalam masalah ini , ianya tidak boleh dianggap sebagai satu hukum…Ini kerana adanya dalil atau nas yang menceritakan tentang hukum bermain alat muzik.Malah perkara ini bagi kami adalah perkara yang menjadi khilaf antara ulama.Ada yang mengatakan haram dan ada pula yang mengatakan dibolehkan bersyarat (rujuk fatwa Dr Yusof al-Qardhawi )…

Maka seperti yang disebutkan diawal tadi , bahawa kaedah al-‘adah al-muhakkamah diguna pakai terhadap perkara-perkara yang tidak terdapat nas atau dalil yang menerangkan hukumnya.Jika terdapat nas atau dalil , maka hukumnya terpakai mengikut apa yang telah ditetapkan oleh nas atau pun melalui perbahasan ulama jika ianya khilaf.

Apa yang penting , sejauh mana pun pengamalan masyarakat terhadap sesuatu adat kebiasaan mereka , tetapi jika ianya bercanggah dengan maksud umum syara’ , maka ianya tertolak dan tidak boleh dianggap sebagai suatu hukum.

WA

Ruj :

Al-wajiz fi Idhoh qawa’id al-fiqh al-kulliah , As-syaikh Dr. Muahammad Sidqi bin Ahmad bin Muhammad al-Burnu

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s