Mencuci pakaian bernajis dengan washing machine

Salam
berkenaan membasuh baju guna mesin basuh, ada orang kata jika pakaian yang hendak dibasuh ada terkena najis seperti air mazi atau apa-apa saja, maka kita kena basuh dahulu sehingga najis tu hilang. lepas tu, baru boleh basuh dalam mesin basuh bersama baju-baju lain yang tiada najis padanya.
kalau tak buat macam tu, semua baju lain akan kena najis tu.

bagaimana pendapat ustaz? adakah ini disandarkan pada pandangan imam syafi’e bahawa air musta’mal itu tidak menyucikan? bagaimana pendapat mazhab lain pula?

sekian, jazakumullah

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Mesen basuh atau washing machine sebenarnya adalah perbuatan membasuh pakaian yang telah diambil alih oleh mesen dan teknologi (fully automated). Tetapi sebenarnya ia sebenarnya adalah aktiviti membersihkan pakaian, cuma ia dilakukan oleh mesen dan dibantu dengan micro-processor (Mesen basuh automatik sepenuhnya).

Ia menggunakan detergen berkuasa tinggi, ada kitaran basuhan (wash), spin, bilasan (rinse) dan ia sebenarnya adalah aktiviti basuhan secara biasa, cuma bedzanya ia dilakukan oleh mesen berIT.

Maka hukum pakaian yang bernajis ringan seperti madzi jika dibasuh oleh washing machine juga adalah suci sebagaimana ia dibasuh secara manual (Islam Online, fatwa Syaikh Ahmad Kutty, Toronto, Canada, 2003)

2. Air mustakmal adalah suci lagi menyucikan. Ini pendapat asal Imam Syafi’iy. Syarahnya, lihat siri 23 Syarh Fiqh Sunnah di AAN. Madzhab lain juga air mustakmal adalah suci. Dalam isu washing machine, tidak ada isu air mustakmal, kerana washing machine menggunakan air yg baru setiap kali ia melakukan fungsi Wash dan Rinse. sekian

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s