Kubur Muslim campur kubur bukan Islam

Salam

Harap Ustaz dapat membantu…

Saya menerima satu emel berkenaan satu kawasan perkuburan (somewhere in Indonesia) yg bercampur didalam satu kawasan itu antara kubur org Islam dan org kafir. Adakah perkara ini dibenarkan didalam Islam?

Syukran.
JKK.

jawapan:

Secara dasarnya, perkuburan orang Islam mestilah diasingkan daripada perkuburan bukan Islam. Kerana inilah yang diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW, zaman khulafa dan selepas mereka. Dan perkara ini seolah-olah satu ijmak secara amali.

Dalil diasingkan perkuburan Islam dan bukan Islam ialah:

Al-Basyir bin Khasasiyyah melaporkan: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah SAW, lalu baginda melalui perkuburan orang-orang Islam. Lantas bersabda: “Sesungguhnya mereka telah mendahului keburukan yang banyak (yakni: mencapai kebaikan dan meninggalkan keburukan)”. Kemudian baginda melalui perkuburan musyrikin, lalu bersabda: “Sesungguhnya mereka telah mendahului kebaikan yg banyak (yakni: mendapat keburukan dan meninggalkan kebaikan itu)”.
Direkod oleh Nasai (no: 2048) dinilai hasan oleh Albani.

Para ulama zaman berzaman pun menaskan bahawa orang kafir tidak boleh dikebumikan di perkuburan muslimin. Dan orang Muslimin pula tidak boleh mengebumikan seorang muslim di perkuburan yg khas untuk bukan Islam. Kecuali dalam keadaan darurat, contohnya: muslimin yang tinggal di negara orang kafir yg tidak diberikan kepada mereka tanah perkuburan yg khas. Maka secara darurat, bolehlah dikebumikan di perkuburan org bukan Islam, tetapi seelok2nya biarlah dikhaskan satu penjuru untuk mereka, supaya tidak bercampur.

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s