Persoalan Percampuran Lelaki Perempuan

Salam

Ana masih tercari-cari jawapan tentang ikhtilat ni sebenarnya. Atau lebih mudahnye percampuran antara lelaki dan perempuan. Ana baca soalan lepas dalam alahkam ni ada beberapa situasi dimana dibolehkan percampuran sprt pembelajaran, perniagaan, etc2.

Dilarang berdua2an, dilarang menggoda dan sebagainya. Kebanyakkannya ana agak jelas dengan apa yg diterangkan. Cumanya dalam beberapa situasi, ana agak kabur juga.

Cthnya 1:
Lelaki dan perempuan berkumpulan dalam kereta utk suatu destinasi yang jauh. Memakan masa setengah hari. Tiada percampuran (maknanya tak duduk bersebelahan) tapi masih dalam 1 kereta.

Cth 2:
Meeting berkumpulan lelaki dan perempuan di dalam bilik meeting yg tertutup dan tidak dilihat orang luar.

Ada pihak yg membenarkan, ada pihak pulak kata “tak boleh. Tak manis dipandang”.

Persoalannya adakah permasalahan ini berdasarkan pemboleh ubah berikut:

1. Persespi masyarakat sekeliling. Kalau ade percampuran ni, tidak manis. Jadi kena elakkan.
2. Masalah hati. Kalau dirasakan individu2 ini tidak boleh menjaga batas, maka kena diasingkan.

Kemudian pulak ada pihak yg mendakwa dalam mesyuarat, dalam kereta, tidak boleh bilangan lelaki dan perempuan itu sama bilangannya. Adakah ini terdapat dalam dalil?

Seterusnya ada pihak mengatakan wajib terdapat pihak yg sudah berkahwin dalam situasi percampuran lelaki perempuan baru dibenarkan. Jika yang berkahwin itu pun lebih dahsyat tidak menjaga ikhtilatnya, maka sama sahaja kan?

Harap boleh merungkaikan kekeliruan ini.

Jazakumullah.

Wassalam

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

1. Isu musafir beberapa lelaki dan beberapa wanita ajnabi dalam satu kenderaan. Dalilnya ia dibolehkan berdasarkan ayat umum:

” dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada yang lain, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran” AQT 09:71

Tujuan pokok kepada perjalanan tersebut ialah urusan dakwah dan kebaikan. Ia bukanlah suatu yang kerap dilakukan dan ia terjadi kerana dharurat (tidak dapat dielakkan).

Contoh: ialah Nabi Musa AS ketika dijemput oleh anak gadis kepada seorang syaikh tua yang mulia, berjalan bersama anak gadis itu dalam keadaan yang sopan. (al-Qasas, 23-26) Perjalanan ini adalah dharurat dan mereka menjaga adab dan Musa adalah seorang yang mulia dan baik akhlaknya.

Perjalanan bersama ini boleh diatasi jika:
a. menggunakan MPV atau van kerana ruangnya yang lebih luas
b. menggunakan dua buah kenderaan secara convoy.

Selain itu, wanita hendaklah mematuhi segala etika ketika ia bercampur dengan lelaki, antaranya etika berpakaian yang lengkap menutup aurat, tidak memakai perfume, serius dalam bicara dsbnya.

2. Meeting dalam bilik tertutup tidak menjadi masalah jika bilangan itu bukanlah dua orang.
Dalilnya: HR Muslim dari Abdullah bin Amr bin al-Ash ra: bahawa Nabi saw bersabda, mulai hari ini, seorang lelaki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada, kecuali dia bersama seorang atau dua lelaki lain.” Kata Imam Nawawi (alMajmu’ 4/176), sukar bagi lelaki melakukan kemungkaran dgn seorang wanita dalam pertemuan yang ramai.”

Dua faktur yang anda sebutkan:
1. persepsi masyarakat dan
2. masalah hati
adalah benar sebagaimana sabda nabi saw, ” tinggallah apa2 yang meragukan kamu dan kerjakanlah apa yg tidak meragukan kamu.” HR Bukhari, kitab tafsir)

dan firman Allah SWT, ” janganlah kamu mendekati perbuatan2 yg keji, baik yang nampak diantaranya maupun yang tersembunyi.” AQ 06:151

juga hadith no 27 dalam matn arba’iin dari Ma’abad bahawa Nabi saw bersabda, mintaklah fatwa dari hatimu, kebaikan itu apa yang hatimu menjadi tenteram…”
Jadi kalau kita rasa ada persepsi negatif dari masyarakat dan hati kita tidak tenteram, maka lebih baik kita cari jalan yang lain. WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s