saya masih curious tentang penggunaan Shampoo and alat pencerah muka,
soalan:
Adakah shampoo seperti Black Shiny(tujuan untuk menghitamkan rambut) ataupun shampoo meluruskan rambut dan pencerah muka termasuk dalam merubah ciptaan Allah.
mohon penjelasan…jzkk
jawapan:
al-Jawab:
1. Shampoo untuk menjadikan rambut hitam bersinar (black shiny) dan menjadikan lambut lebih mudah terurus bukanlah merubah ciptaan Allah, bahkan termasuk dalam sunan fitrah dalam bab penjagaan rambut supaya kemas dan terurus. Dalilnya: dari Abu Hurayra ra: (sabda baginda saw)
من كان له شعر ، فليكرمه
terjemahnya: “barangsiapa yang ada rambut, maka hendaklah dia merawatnya” (HR Abu Daud, dinilai sahih al-Albani dalam sahih Abu Daud 4163 dan Hasan oleh mutaakhirin yang lain spt alSyaukani, Ibn Hajar dan al-Nawawi)
Jadi penggunaan shampoo black shiny dan menjadikan rambut mudah terurus hanyalah termasuk dalam maksud hadith tsb (al-Qardhawi, Fiqh Thaharah, 155)
2. Penggunaan cream pencerah muka ini adalah harus kerana yang dilarang ialah apa yang dilakukan oleh wanita zaman dahulu yang dinamakan mengupas kulit wajah dgn penggunaan ubat (alQaasyirah).
Dalilnya: dari Aisyah ra:
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بريء من الصالقة ، والحالقة ، والشاقة
terjemahnya: Bahawa RasuluLlah saw berlepas diri dari perempuan yang meraung, yang mencukur rambut dan yang mengupas kulit.” [Bukhari:1296; Muslim:104]
Maksud mengupas kulit ialah skin bleaching seperti yang dilakukan oleh Micheal Jackson. Cream pencerah yang banyak dijual dalam pasaran hanya sekadar membersihkan muka kerana keadaan cuaca tropika yang panas dan berhabuk. sekian WA
al-ahkam
askm,
1. Isteri saya memakai tudung, tetapi dia ada meluruskan rambutnya yang asalnya kerinting.Atas keizinan saya.Adakah meluruskan rambut itu termasuk dalam mengubah ciptaan Allah
2. Saya tinggal di rumah mentua yang mempunyai adik2 ipar perempuan. Kesemua ipar saya sering berpakaian seksi dan tidak menutup aurat ketika di rumah. Alasannya sudah terbiasa dari kecil dengan adik beradik sendiri.Apakah hukumnya bagi saya yang sentiasa berhadapan dengan mereka yang berpakaian sebegitu..Jika berpindah rumah pun, pasti akan kembali semula untuk melawat mentua.Tidak boleh lari dari berhadapan dengan adik2 ipar.