Isteriku Enggan Berpurdah, Bagaimana?

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum,
Ana mau taimya atas kebingungan tentang bagaimana sebenarnya hukum tentang wanita yang memakai purdah. Ana sekarang sudah menikah dengan awalnya akhwat yang berjilbab biasa saja (jilbab pendek), lalu setelah saya nasihati semampu ana, alhamdulillah mau memakai gamis panjang (tapi masih warna warni) dan jilbab yang lumayan besar. Alhamdulillah dakwah salafiyah telah sampai kepada ana akan tetapi sangat sulit untuk mendakwahkan kepada isteri ana. Ana sering malu bertemu dengan ikhwan salafy yang bersama isteri mereka yang berpurdah sedangkan isteri saya tidak. Saya sudah mencuba mencari buku terkait akan tetapi jawapannya berbeza-beza. Menurut Syaikh Albani, dalam buku Jilbab Wanita Muslimah, di sana beliau tidak mewajibkan purdah, dan seolah-olah melemahkan kedudukan purdah. Akan tetapi ketika melihat kitab fatwa terhadap wanita terbitan darul haq, disana banyak yang mewajibkannya termasuk Syaikh Fauzan, Bin Baz, Lajnah Daimah, dll. Saya jadi ragu. Perlukah saya perintahkan isteri untuk berpurdah, dan sebatas apa saya memerintah isteri untuk menjadikannya berpurdah. Besar harapan ana untuk dijawab pertanyaan ini. Jujur ana akhir2 ini selalu gelisah dan khawatir tentang keadaan ini. Semoga Allah selalu merahmati Anda. Jazakallah khair.

Jawapan Ustadz:

Hukum menggunakan purdah adalah sebagaimana yang Anda ketahui, yaitu perkara yang syar’i dan merupakan sebuah perintah dari Allah, hal ini adalah merupakan kesepakatan para ulama dan jika Allah memerintahkan hambanya tidak ada kata lain dari seorang hamba kecuali mengatakan saya dengar dan saya taat sebagaimana firman-Nya,

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan ‘Kami mendengar, dan kami patuh’ Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. An Nur: 51)

Adapun perbezaan pendapat di antara para ulama adalah pada hukumnya, apakah perintah Allah tersebut wajib ataukah sunah (yaitu bagi yang melaksanakannya mendapatkan pahala dan bagi yang tidak melaksanakannya tidak berdosa). Terlepas dari perbezaan pendapat para ulama tersebut yang harus disedari purdah adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah kepada para wanita dan kerananya bijaklah dalam bersikap.

Ada beberapa beberapa hikmah disyari’atkannya purdah untuk bahan pertimbangan antum dalam menyikapi isteri, di antaranya:

(1) Membersihkan hati dari fikiran yang buruk dan kotor yang terlintas di benak bila ada sebab yang memicunya meskipun telah berusaha membersihkan hati.

Allah berfirman,

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعاً فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (QS. Al Ahzab: 53)

(2) Menjaga kaum wanita daripada gangguan orang fasik.

Allah berfirman,

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu.” (QS. Al Ahzab: 59)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa sebahagian orang fasik di kota Madinah pada zaman dahulu sering keluar pada waktu malam mencari wanita, dan jarak antara rumah-rumah penduduk Madinah sangatlah sempit, jika ada wanita yang keluar pada waktu malam mencari keperluannya dan dia mengenakan jilbab (baju kurung yang menutup dari kepala sampai kaki) mereka mengatakan dia adalah seorang yang merdeka biarkan dia berjalan, namun jika ada wanita yang tidak mengenakan jilbab mereka mengatakan dia adalah hamba maka mereka menerkamnya.

(3) Memperbaiki penampilan agar sesuai dengan kebaikan batin dan akan tampaklah keserasian luar dan dalam dengan tuntunan syar’i. Itu semua kerana wanita yang keluar dari rumahnya dengan menampakkan perhiasan dan fitnahnya bertolak belakang dengan fitrah yang telah Allah ciptakan.

(4) Hijab adalah penampilan seorang wanita yang berakhlak dan berbudi pekerti yang luhur, kerana menunjukkan sifat malu yang ada padanya dan menjaganya dari perbuatan yang terlarang. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Malu itu akan mendatangkan kebaikan.” (HR. Bukhari)

Adapun hadir dengan isteri yang tidak berpurdah di hadapan ikhwan adalah sesuatu yang perlu diperinci, bila kita perhatikan kehadiran isteri kita tersebut menjadi fitnah bagi para ikhwan, maka hijab lebih ditekankan lagi kerana hikmah yang telah saya sebutkan di atas. Ada dua alternatif, pertama menghadirkan kajian tersebut untuknya di rumah atau memperkecil fitnah dengan penutup wajah. Tugas seorang suami adalah memberikan irsyad (petunjuk berupa penjelasan -ed) kepada orang yang terdekat dengannya dan bukan memberikan taufik (petunjuk berupa hidayah -ed) kepadanya, Allah berfirman dalam surat Ar-Ra’d: 40

فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَعَلَيْنَا الْحِسَابُ

“Maka tugasmu (wahai Muhammad) adalah menyampaikan, dan Kami (Allah) lah yang memperhitungkan perbuatan mereka.” (QS. Ar Ra’d: 40)

وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

 

“Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah.” (QS. Hud: 88)

***

Penanya: Anto
Dijawab Oleh: Ust. Subkhan Khadafi

http://muslim.or.id/soal-jawab/fiqh-dan-muamalah/soal-jawab-isteri-tidak-berpurdah.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s