Bolehkah perempuan memotong rambutnya?

Soal-Jawab
Sabtu, 27-Mei-2006, Penulis: Syaikh Al Allamah Al Faqih
Muhammad Bin Shalih Al Utsaimin

Jawab :
Memotong rambut bagi wanita apabila diniatkan untuk menyerupai kaum lelaki maka hukumnya haram dan termasuk daripada dosa-dosa besar. Kerana sesungguhnya Nabi ‘alaihishalaatu wasllam telah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki.


Apabila tidak sampai kepada darjat menyerupai lelaki maka dalam hal ini para ulama ahlul ilmi berbeza pendapat.

 
Pendapat yang pertama : mengatakan boleh.

Pendapat yang kedua : mengatakan hukumnya adalah haram.

 Pendapat yang ketiga : hukumnya adalah makruh.

Yang masyhur dari madzhabnya Imam Ahmad adalah makruh. Akan tetapi, pada hakikatnya sebagaimana yang telah dijelaskan di atas bahawa sesungguhnya tidak seyogyanya kita mengikuti adat kebiasaan orang-orang bukan muslimin. Ini kerana pada zaman dahulu wanita-wanita muslimah berbangga dengan banyak dan panjangnya rambut mereka.


Saya tidak mengingkari setiap perkara yang baru, tetapi sesungguhnya saya mengingkari adat kebiasaan orang-orang bukan muslimin yang banyak dijalankan kaum muslimin.

Adapun hukum memakai kasut bertumit tinggi bagi kaum wanita adalah tidak boleh apabila keluar daripada adat dan terjerumus pada tabarruj (menghias diri untuk selain suaminya) sehingga mereka mudah dilihat dan dipandang oleh lawan jenis. Sebagaimana firman Allah yang ertinya: “Dan janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah dahulu”(QS. Al Ahzab:33)

Adapun menggunakan alat-alat kecantikan seperti pemerah bibir, pemerah pipi dihadapan mahramnya adalah boleh hukumnya. Adapun yang banyak dilakukan oleh sebahagian perempuan dalam mempercantik diri seperti An-Namsh (mencabut atau menipiskan bulu mata) adalah haram hukumnya. Ini kerana sesungguhnya Nabi telah melaknat orang yang mencabut bulu mata dan yang dicabut bulu matanya. Demikian juga meratakan gigi untuk kecantikan, hukumnya adalah haram dan orang yang melakukannya dalam keadaan mendapatkan laknat.

( Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid dari Kitab Ijaabatus As Saail ‘ala Ahammi Al Masaail dan Kitab Al Asilah Al Muhimmah )
Sumber : Buletin Da’wah Al Atsary, Semarang Edisi VIII/Th.I

http://darussalaf.org/stories.php?id=220

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s