Bolehkah Memakan Haiwan Yang Memakan Benda Kotor

Pengertian Binatang Jallalaah

Kata Al Jallalah adalah satu kata dalam bahasa Arab yang dibaca fathah huruf jim-nya dan di tasydid huruf lam-nya. Didefinisikan ulama dengan haiwan yang memakan kotoran baik berupa lembu, kambing, unta atau jenis unggas seperti burung dan yang lainnya. Dari definisi ini jelaslah seluruh binatang yang diberi makanan kotoran termasuk di dalam kategori Jallalah baik itu ikan, ayam, kambing, atau yang lainnya yang banyak dijumpai di negeri kita ini.

Bagaimana Hukum Memakan Dagingnya ?

Para ulama berselisih tentang hukum memakan daging dan susu haiwan jallalah ini dalam dua pendapat. Pertama mengharamkannya dengan dasar hadits Ibnu Umar RA beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْجَلَّالَةِ وَأَلْبَانِهَا

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang memakan daging haiwan jallalah dan susunya.” (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al Tirmidzi dan dinilai hasan olehnya)

Ini jelas menunjukkan pengharaman, kerana kata “larangan” pada asalnya untuk pengharaman. Sedangkan yang kedua menyatakan kemakruhannya saja. Mereka menyatakan bahawa larangan dalam hadits tersebut bukan pada dzat haiwannya, namun hanya pada perkara lain yang tidak menunjukkan lebih dari perubahan mutu dan kualiti daging dan susu haiwan tersebut. Tentunya hal ini tidak sampai pada pengharaman. Namun yang rojih –insya Allah– daripada pendapat-pendapat ulama tentang hal ini adalah pengharaman memakan daging dan susu haiwan jallalah kerana jelasnya pendalilan hadits Ibnu Umar di atas.

Berapakah Ukuran yang Menjadikannya Dilarang

Para ulama pun berselisih tentang ukuran najis yang bila dimakan akan menjadikan haiwan tersebut menjadi haiwan jallalah dalam beberapa pendapat. Namun yang rojih insya Allah adalah pendapat mazhab Hambali, Syafi’i dan Hanafi yang melihat kepada makanan dominannya. Pengertiannya dianggap satu haiwan itu haiwan jallalah bila makanan yang dominan adalah kotoran, kerana dilihat kepada lafaz kata Jallalah yang menunjukkan lebih dominannya.

Para ulama menyatakan bahawa haiwan jallalah ini dapat berubah kembali kepada asalnya dan boleh dimakan kembali daging dan susunya setelah dikurung (kuarantin) dan diberi makan makanan yang halal dan baik. Namun mereka bersilang pendapat tentang ukuran waktu mengurungnya tersebut, ada yang menyatakan tiga hari dan ada yang lebih. Namun yang rojih insya Allah adalah tidak ada ukuran pasti tentang hal itu, sehingga boleh diperkirakan dengan perhitungan yang benar hilangnya pengaruh najis kotoran tersebut dari daging dan susu haiwan tersebut. Sebab tidak ada satu pun dalil pasti tentang hal ini dan yang terpenting adalah hilangnya pengaruh kotoran tersebut dari daging atau susu haiwan tersebut. Sebagaimana dirojihkan Syeikh Dr. Sholeh Al Fauzan dalam kitab Al Ath’imah dan ini merupakan salah satu pendapat mazhab As Syafi’iyah.

Hikmah Larangan Jallalaah

Wallahu A’lam hikmah daripada pelarangan memakan haiwan jallalah ini adalah untuk menghindari kaum muslimin dari memakan barang-barang kotor walaupun dengan cara tidak langsung, kerana adanya pengaruh jelek terhadap kesihatan dan tingkah laku seseorang. Sebab orang yang memakan terpengaruh oleh makanan yang dimakannya, sehingga dikhuatiri kekotoran makanan tersebut berpindah kepada orang yang memakannya dan mengakibatkan munculnya akhlak yang buruk. (Kitab Al Ath’imah, Dr. Sholeh Al Fauzan hal. 76)

Haiwan Pemakan Bangkai

Demikian juga termasuk di dalam pengharaman adalah haiwan pemakan bangkai seperti burung nasar dan sebahagian burung gagak, kerana jeleknya makanan yang dimakannya. Demikian permasalahan ini mudah-mudahan bermanfaat.

***

Tingkat pembahasan: Dasar
Penulis: Ust. Kholid Syamhudi, Lc.

http://muslim.or.id/ertikel/fiqh-dan-muamalah/haramnya-al-jallalah.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s