Berapakah tempoh masa antara azan dan iqamah

Pertanyaan:

Assalamu’alaikum,
Pak Ustadz, ada beberapa hal yang ingin ana tanyakan:

  1. Yang ana ketahui ketika zaman Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam jarak waktu antara adzan dan iqomat tidak berdekatan. (Afwan jika salah). Adakah dalil yang menjelaskan tentang hal ini? Masalahnya ana sering telat shalat berjama’ah. Perlu diketahui rumah ana dengan masjid terdekat berjarak sekitar perjalanan 10 minit dan kadang-kala adzan pun tidak terdengar. Masjid yang ana hadiri jarak waktu adzan dan iqomat hanya selama sekitar 5 minit yang menurut ana terlalu cepat. Bagaimana Pak Ustadz?
  2. Ana pernah dengar ucapan “minal ‘aidin wal faidzin” diucapkan ketika menang dari perang Badar. Apakah hal ini benar?

Mungkin itu aja yang ingin ana tanyakan. Ana harap Pak Ustadz bersedia menjawab pertanyaan2 ana ini. Jazakallahu khairan katsira.

Jawapan Ustadz:

Pertama,
Syaikh Said Al Qohthoni mengatakan, “Azan disyariatkan untuk memberitahu bahawa waktu sholat sudah tiba, oleh kerana itu harus diperkirakan waktu yang mencukupi untuk bersiap-siap menghadiri sholat di masjid, jika tidak demikian maka azan tidak ada manfaatnya, mengingat banyak orang yang hendak mengerjakan sholat berjamaah tidak mendapatinya. Orang yang sedang makan, minum, orang yang sedang buang hajat, atau belum berwudhu saat terdengar azan jika masih meneruskan keperluannya atau langsung berwudhu maka dia akan ketinggalan sholat berjamaah (masbuk) atau tidak mendapatkan sholat jamaah sama sekali disebabkan iqamah terlalu cepat dan tidak ada senggang yang cukup antara azan dan iqamah, lebih-lebih jika jarak rumah jauh dari masjid.”

Dalam shahih Bukhari terdapat judul bab “Berapa lama jarak antara azan dan iqomah?”, akan tetapi menurut beliau tidak ada dalil yang kuat yang membahas hal ini, oleh kerananya beliau hanya menyebutkan hadits dari Abdullah Ibnu Mughaffal, Nabi bersabda, “Ada sholat sunnah di antara azan dan iqamat”, beliau ucapkan sebanyak tiga kali, saat yang ketiga beliau mengucapkan, “Bagi yang menghendaki.” (HR. Bukhari no 624)

Tidak disangsikan lagi bahawa memberikan selang waktu yang cukup antara azan dan iqamah termasuk dalam tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa yang diperintahkan. Dalam hadits Abdullah bin Zaid terdapat keterangan: “Aku bermimpi melihat seorang lelaki mengenakan pakaian yang berwarna hijau, orang tersebut berdiri di masjid lalu melakukan azan. Setelah duduk beberapa saat lamanya orang tersebut berdiri lalu mengucapkan sebagaimana tadi namun disertai tambahan “Qod qoomatish sholah”, dalam riwayat lain “sesungguhnya malaikat itu mengajarinya bacaan adzan lalu berhenti sejenak, baru kemudian mengajarinya iqomah.” (HR. Abu Dawud no. 499 dan 506)

Syaikh Ibnu Baz mengatakan, “Tidak boleh tergesa-gesa mengumandangkan iqomah sampai diperintahkan oleh imam, lebih kurang seperempat atau sepertiga jam (15 atau 20 minit). jika imam tak kunjung datang, maka salah seorang hadirin boleh maju sebagai imam. Imam itu lebih berhak mengenai iqomah, oleh kerana itu tidak boleh mengumandangkan iqomah sebelum imam memerintahkannya, sedangkan muazin itu lebih berhak berkaitan dengan masalah azan kerana masalah waktu sholat itu diserahkan kepadanya dan muazin memang diberi amanah tentang hal ini.”

Syaikh Ibnu Baz mengatakan, “Penanggung jawab iqomah adalah imam, sedangkan penanggung jawab azan adalah muazin. Meski hadits tentang hal ini lemah namun dikuatkan dengan perkataan Ali, di samping itu praktik Nabi juga memperkuat hal tersebut. Nabilah yang memerintahkan iqomah, jadi dalil pokok dalam masalah ini adalah praktik Nabi bukan hadits yang lemah tadi.” (Lihat Sholat Al Mu’min karya Dr Said Al Qohthoni 1/159-160).

Kedua,
Yang kami dapatkan dalam Rohiq Al Makhtum hal. 217 mengenai ucapan selamat sepulang dari perang badar adalah ucapan Usaid bin Hudair, beliau mengatakan kepada Nabi, “Ya Rasulullah, Alhamdulillah alladzi azhfaraka wa aqarra ‘ainaka.” (wahai Rasulullah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kemenangan kepadamu dan menyenangkan hatimu). Wallahu A’lam.

***

Penanya: Ibnu Muhammad
Dijawab Oleh: Ustadz Abu Ukkasyah Aris Munandar

http://muslim.or.id/soal-jawab/fiqh-dan-muamalah/soal-jawab-jarak-antara-adzan-dan-iqomah.html

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s