Hukum, Waktu dan Jumlah Rakaat Sholat Malam

Hukum, Waktu dan Jumlah Rakaat Sholat Malam

Hukum sholat malam adalah sunah muakkad. Waktunya adalah setelah sholat ‘isya sampai dengan sebelum waktu sholat shubuh. Akan tetapi, waktu yang paling utama adalah sepertiga malam yang terakhir dan boleh dikerjakan sesudah tidur ataupun sebelumnya.

Sedangkan jumlah rakaatnya paling sedikit adalah 1 rakaat berdasarkan sabda Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam, “Sholat malam adalah 2 rakaat (salam) 2 rakaat (salam), apabila salah seorang di antara kamu khawatir akan datangnya waktu shubuh maka hendaklah dia sholat 1 rakaat sebagai witir baginya.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dan paling banyak adalah 11 rakaat berdasarkan perkataan ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anha, “Tidaklah Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam sholat malam di bulan romadhan atau pun bulan yang lainnya lebih daripada 11 rakaat.” (HR. al-Bukhari dan Muslim), walaupun majoriti ulama menyatakan tidak ada batasan dalam jumlah rakaatnya.

Keutamaan Sholat Malam

Ketika menyebutkan ciri-ciri orang yang bertakwa, Allah SubhanAllahu wa Ta’ala berfirman yang ertinya, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar.” (QS. Adz Dzariyat: 17-18)

Kerana pentingnya sholat malam ini Allah berfirman kepada Nabi-Nya yang ertinya, “Hai orang yang berselimut, bangunlah pada sebahagian malam (untuk sholat), separuhnya atau kurangi atau lebihi sedikit dari itu. Dan bacalah Al-Qur’an dengan tertil.” (QS. AlMuzammil: 1-4)

Berikut ini akan kami sampaikan beberapa keutamaan sholat malam dengan tujuan agar seseorang lebih bersemangat dan terdorong hatinya untuk mengerjakannya dan selalu mengerjakannya.

1. Sebab masuk syurga.

Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali persaudaraan dan sholatlah ketika manusia terlelap tidur pada waktu malam niscaya engkau akan masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah, dishohihkan oleh Al Albani)

2. Menaikkan darjat di syurga.

Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh di dalam syurga tedapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari luar dan bahagian luarnya terlihat dari dalam. Kamar-kamar itu Allah sediakan bagi orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa Romadhon (dengan puasa sunah), menebarkan salam dan mengerjakan sholat malam ketika manusia lain terlelap tidur.” (HR. At Tirmidzi, dihasankan oleh Al Albani)

3. Penghapus dosa dan kesalahan.

Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hendaklah kalian melakukan sholat malam, kerana sholat malam itu adalah kebiasaan orang-orang sholih sebelum kalian, dan ibadah yang mendekatkan diri pada Tuhan kalian serta penutup kesalahan dan sebagai penghapus dosa.” (HR. At Tirmidzi, dihasankan oleh Al Albani)

4. Sholat yang paling utama setelah sholat fardhu.

Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sholat yang paling utama setelah sholat wajib adalah sholat malam.” (HR. Muslim)

5. Kemulian orang yang beriman dengan sholat malam.

Ketika Jibril datang pada Rasulullah sholAllahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman adalah dengan sholat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain.” (HR. Al Hakim, dihasankan oleh Al Albani)

Akan tetapi disayangkan kebanyakan kaum muslimin meninggalkan sholat malam yang bererti telah mensia-siakan keutamaan yang telah Allah sediakan dikeranakan kemalasan yang ada pada mereka atau pun tergoda dengan gemerlapnya dunia. Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan bahawa ketika Rasulullah ditanya tentang seorang yang tidur sepanjang malam sampai waktu subuh, maka Rasulullah shollAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dia adalah seorang yang kedua telinganya dikencingi oleh syaitan.” Hal ini adalah penghinaan syaitan baginya, lalu bagaimana seorang yang bangun setelah waktu subuh??? WAllahu Musta’an.

***

Tingkat pembahasan: Dasar
Penulis: Abu Abdillah Rudi Agus H.

http://muslim.or.id/ertikel/fiqh-dan-muamalah/sholat-malam.html

Advertisements

One thought on “Hukum, Waktu dan Jumlah Rakaat Sholat Malam

  1. hadis di atas, adakah maksudnya begini: solat tahajjud 2 rakat (salam), solat tahajjud 2 rakaat (salam)?…kalau selepas itu sy buat solat istikharah boleh x?…mcm mana ye?

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Ya boleh, saudara boleh melakukan solat taubat, istikharah, tahajud dan lain-lain, dan ditutup dengan solat witir.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s