Aku mencintai pelacur! Bagaimana wahai Ustadz? Salahkah cintaku?

Pertanyaan:

Assalamualaikum WBT.

Sehubungan dengan An Nuur ayat 3, apakah dibolehkan seseorang yang tidak pernah berzina menikahi lelaki atau perempuan yang sering berzina di masa lalunya (sekarang sudah bertaubat). Saya ambil contoh secara ekstrim, ada seorang lelaki beriman ingin menikahi mantan pelacur (sudah bertaubat tetapi belum berpakaian secara syar’i), apakah hal itu diperbolehkan? Atau sebaiknya lelaki itu mencari yang lebih baik? Jazakumullahu khoiron.

Jawapan Ustadz:

Ibnu Katsir mengatakan, “Daripada ayat ini (An-nur: 3), Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa akad nikah antara lelaki yang menjaga kehormatan dan pelacur itu tidak sah selama dia (perempuan tersebut -ed) masih melacur dan belum bertaubat. Jika perempuan tersebut sudah bertaubat maka akad nikah sah, dan sebaliknya jika belum bertaubat maka tidak sah. Demikian juga akad nikah wanita merdeka yang menjaga kehormatan dengan lelaki hidung belang itu tidak sah, kecuali jika orang tersebut (lelaki tersebut -ed) sudah bertaubat dengan benar.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/352).

Di samping itu, lelaki tersebut mesti boleh menjaga lisan agar jangan sampai mengungkit-ungkit masa lalu isterinya saat terjadi pertengkaran. Meskipun demikian, mencari yang lebih baik itu jelas lebih baik ditinjau daripada banyak sisi.

***

Penanya: Achmad

Dijawab Oleh: Ust. Abu Ukkasyah Aris Munandar

http://muslim.or.id/soal-jawab/akhlaq-dan-nasehat/soal-jawab-menikahi-seseorang-yang-pernah-berzina.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s