Ragu-ragu sudah suci atau tidak dari haidh

assalamualaikum..saya ade masalah

lepas haid..saya mandi…waktu sy mandi ia berwarna kuning2…tapi pade mase tu sy tau kuning2 tu kire masih haid(sbb bace dalam buku),,cume sy konpius dgn keputihan dan sebagainya..jadi saya amik keputusan tuk mandi dan yakin saya telah suci dan taknak pkr2 lagi..dan saye pun puase dalam waktu tu…….

lepas dah lame2 baru..saya pkir2 balik.. saye sedar,itu kire darah haid…saye sempat qada balik puase sy yg sy buat dlm waktu “syak” tu

soalan saya..semayang sy dalam waktu tu..perlukah sy qada…saya amat konpius sekali sbb waktu sy solat sy amat yakin sy suci…cuma lepas beberapa lama saya terpikir balik dan lebih merunsingkan saya tau yg kuning2 tu dikire haid..kalau tak tau mungkin boleh dimaafkan dan tak perlu smyg saya diqadakan….apa pendapat ahli panel

jawapan:

Al-hamdulillah……

Al-Jawab :

Mengikut kaedah Islam , solat saudari tersebut tidak perlu diqada’kan.Ini kerana jika betul darah yang berwarna kekuning-kuningan itu adalah darah haid , saudari dikira masih dalam lingkungan haid yang mana wanita yang berada dalam haid tidak perlu mengqada’kan solatnya selama mana tempoh haid berlaku.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

عن معاذة قالت سألت عائشة فقلت ما بال الحائض تقضي الصوم ولا تقضي الصلاة فقالت أحرورية أنت قلت لست بحرورية ولكني أسأل قالت كان يصيبنا ذلك فنؤمر بقضاء الصوم ولا نؤمر بقضاء الصلاة

Maksudnya : “Dari Mu’azah : bahawa aku telah bertanya kepada Saidatina A’isyah ra tentang bagaimana wanita yang sedang haid , apakah dia harus menggantikan puasa dan tidak harus menggantikan solatnya?..Lalu A’isyah ra berkata : Apakah kamu ini dari kalangan wanita Haruriyyah? Maka jawab aku : Tidak , tapi aku sekadar bertanya.Berkata A’isyah ra : Kalau dahulu semasa kami haid , kami diperintahkan untuk menggantikan puasa dan tidak diperintahkan untuk menggantikan solat.”

(HR Bukhari : 315 , Muslim : 335 )

WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s