Bolehkah azan di dalam bilik

Assalaamu’alaykum wr. rb.

Bagaimana dalil adzan bukan di masjid tetapi di kamar asrama kampus, di luar negeri majoriti non muslim yang kita jadikan musholla? Dari kampus kita tidak boleh mendengar adzan, kerana masjid jauh dari kampus.

Jazakallah.

Wassalaam

AH

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hukum mengumandangkan adzan adalah sunnah ketika shalat jamaah akan dilaksanakan. Sekiranya shalat jamaah itu tidak dilaksanakan di masjid, tetapi di musholla, tidak menjadi halangan, apalagi menjadi larangan untuk melaungkan azan.

 Di dalam hadits yang shahih, Rasulullah SAW memerintahkan untuk mengumandangkan adzan ketika shalat jamaah mau dilaksanakan. Di sana, beliau tidak mensyratkan wajib di dalam masjid.

Dari Malik bin Huwairits ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bila waktu shalat telah tiba, hendaklah ada dari kamu yang berazan. Dan hendaklah yang paling tua menjadi imam.”(HR al-Bukhari dan Muslim)

Adzan tetap disunnahkan meski shalat jamaah tidak dilakukan di masjid, kerana adzan punya beberapa keutamaan yang terlalu sayang untuk dilewatkan begitu saja. Misalnya apa yang boleh kita fahami dari hadits berikut ini.

Dari Abi Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya orang-orang tahu keutamaan azan dan berdiri di barisan pertama shalat (shaff), di mana mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali mesti mengundi, pastilah mereka mengundinya di antara mereka. Tidaklah jin, manusia atau makhluk apapun mendengar azan seseorang kecuali di hari kiamat akan menjadi saksi baginya.”(HR al-Bukhari)

Jadi silakan saja kumandangkan adzan sebelum shalat berjamaah, kerana keutamaannya sangat besar. Namun kalau boleh shalat berjamaah di masjid, tentu lebih afdhal.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/shl/7503055451-adzan-kamar-asrama-bukan-masjid.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s