Sunat lewatkan solat Isya’

aslm wbt..ini emel dr seorang kwn saya kpd saya..maybe panel ahkam dpt menjwb
——————————-

assalamualaikum wbt..
ana pun ada buat sikit research pasal solat isyak kat cn n ana dah pun bincang ngan roomate ana. kalau ada kesilapan, sila betulkan ana

Riwayat dari Abu Hurairah maksud hadith: Kalaulah tidak menjadi kesusahan kepada umatku, nescaya aku menyuruh mereka melewatkan solat Isyak sehingga kepada 1/3 malam ataupun separuh malam. HR Ahmad, Ibn Majah, dan At-Tarmizi mengketegorikan hadith ini sebagai sahih.

Dari Anas : Nabi SAW telah melewatkan solat Isyak sehingga ke separuh malam, kemudian baginda bersolat. Muttafaqun ‘alaih.

Dari Ibn. Umar : Waktu solat Isyak ialah separuh malam. HR Abu daud, Ahmad, Muslim, & An-Nasa’i.

Dari Aisyah : Pada suatu malam rasulullah SAW melewatkan solat sehingga berlalu sebahagian besar malam dan org yang berada di masjid tertidur. kemudian Rasulullah SAW keluar bersolat, lalu baginda berkata, “inilah waktunya, jika tidak menyusahkan umatku”.
HR Muslim & An-Nasa’i

P/s: Ahli fiqh bersepakat mengatakan bahawa waktu yang paling afdhal ialah pada awal waktu setiap solat. Ulama Hanafi menggalakkan solat Subuh isfar. Jumhur = solat (Subuh) dalam keadaan gelap adalah lebih afdhal. Semua pihak= mustahab melewatkan Zuhur pada waktu panas. Hanafi = Mustahab melewatkan Asar. Maliki = mustahab melewatkan solat dengan harapan memperoleh solat jemaah. Hanbali = mustahab melewatkan Zuhur, Isyak & Maghrib dengan tujuan menghimpunkan antara solat semasa awan hitam ditakuti hujan.

~ bolehkah terangkan serba sedikit tentang info di atas? sekian, wassalam..

jawapan:

Berikut kami petikan jawapan syiekh thtl didalam milis alFikrah :-

Satu: Waktu solat Isyaa’

Hadis # 1: Dari Aisyah ra
” hendaklah kalian solat Isya’ (‘Atamah), waktunya bila lenyapnya syafaq (ufuq merah) iaitu hingga sepertiga awal malam (pukul 10:00 hingga 11:00 malam). (Sahih alBukhari (kitab alAzan/1/219))

Hadis # 2: Dari Abi Hurayrah ra
” Kalau tidaklah memberatkan ummatku tentu aku perintah mengundurkan (waktu) Isyaa’ sehingga sepertiga atau seperdua malam.” HR atTermidzi (sunan, 1/310,#147), Ibn Majah (Sunan/1/226/#691; Imam Ahmad (Fath Rabbani/2/274/#150) Disahihkan oleh attermizi, alAlbani dan asSyawkani

Hadis #3: Dari Anas ra
” Nabi saw telah melewatkan solat Isyaa’ hingga ke sparuh malam, barulah baginda solat.” (Muttafaq ‘alayh; Nail alAwthor/2/12) Maka waktu mustahab atau waktu afdhal bg solat isya’ ialah sekitar pukul 10:00 atau 11:00 malam (Syaukani, Sail alJarar: /183; Sadiq Hasan Kha, syarh adDurar: 1/70)

DUA: Solat di Awal Waktunya

Dalil #1: Dari Ibn Mas’ood ra
” aku bertanya RasuluLlah saw, apakah amal yg lebih disukai ALlah?” Sabda baginda,” asolah ‘ala WAQTIHA” (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yg benar ialah solat pada waktunya) Bukhari-Muslim (alMundziri, atTarghieb/1/220)

Dalil#2: Juga dari Ibn Mas’ood tapi matanya ialah “assolah fi awwali Waqtiha” (solat pada awal waktunya) (Sunan adDaruqutni: 1/246 no 4, Sahih Ibn Khuzaimah 1/169, Sahih ibn Hibban no 1475, alHakim, almustadrak 1/300 no 677) Dalil#3: Dari Ibn Umar ra ” solat pada awal waktu mendapat keredhaan Allah, solat pada akhir
waktu mendapat kema’afan Allah.” HR atTermdizi Komentar Imam Syafi’iy mengenai hadis ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan Allah ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema’afan Allah kerana telah cuai dgn melengah-lengahkan solat.

Bagaimana kita menjama’kan dua dalil ini: Umumnya: afdhal solat dalam waktu atau awal waktu, manakala bagi solat Isya’: khusus disebut afdhalnya diakhirkan.

Tarjih:
Fiqh Syafi’iy: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya’.(alMuhadzb: 1/53
Fiqh Maliki: sunat solat pd awal waktu termasuk Isya’ (syarh alKabir, 1/179)
Fiqh Hanbali: Sunat solat pada awal waktu kecuali Isya'(jika tidak mendatangkan kesulitan makmum), jika mendatangkan kesulitan makmum, maka makruh dilewatkan (alMughni;1/385)
Fiqh Hanafi (tidak dikaji kerana ia amat teknikal utk difahami)
Fiqh Sunnah: Sunat dilewatkan solat Isya’ tapi Nabi menghentikan kerana ia membebankan orang ramai (fiqh Sunnah, edisi tahqeeq: 1/134, darul fatah, cairo)
Dalilnya:

#1: Hadis Aisyah ra:
“sekarang waktu yg sesungguhnya, KALAU tidaklah membebankan ummatku.” Muslim, kitab almasajid hadis # 219
Kata alNawawi: inilah masanya bukanlah terlalu lewat sangat

#2: Hadis Jabir ra
” (baginda solat isya’. kekadang di undurkan (dilewatkan) kekadang dimajukan (diawalkan)..” Bukhari, Muslim, alsahih, kitab almasajid, no 233)

rumusan: bagi wanita yg solat di rumah, maka afdhal adalah dilewatkan sikit, itupun kalau disenangi suami. Jika suami tidak senang, maka hendaklah diawalkan.

Di dalam Ensaiklopedia Feqh Kuwait telah meringkaskan pandangan menarik Mazhab Syafie mengenai status keafdalan waktu Isya iaitu :-

a. Waktu Fadhilah – awal waktu. Dari Abdullah Ibn Mas’ud ra. berkata :

‏سألت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم‏ ‏أي العمل أحب إلى الله قال: (‏ الصلاة على وقتها) قال ثم أي؟ قال: ( ثم بر الوالدين) قال ثم أي؟ قال: (الجهاد في سبيل الله

“Aku telah bertanya Nabi saw : Amalan mana yang di cintai Allah : Baginda menjawab ‘Solat pada awal waktunya’, Aku bertanya kemudian apa lagi?, baginda menjawab :’kemudian berbakti kepada kedua ibu-bapa’, Aku bertanya kemudian apa lagi?, baginda menjawab :’Jihad di jalan Allah’. [Hadith Riwayat al-Bukhari].

b. Waktu Ikhtiyar (pilihan) – awal 1/3 malam dan juga 1/2 malam.

أنه كان يصلي العشاء عند مغيب القمر في الليلة الثالثة

“Sesungguhnya Nabi saw bersolat Isya’ ketika hilangnya bulan di 1/3 malam”

لولا أن أشق على أمتي لأخرت صلاة العشاء إلى نصف الليل

“Kalau tidaklah memberatkan ummatku tentu aku perintah mengundurkan (waktu) Isyaa’ sehingga seperdua malam

c. Waktu dibenarkan tanpa Makruh – sehingga Fajar Awal

أول وقت العشاء حين يغيب الشفق، وآخره حين يطلع الفجر

“Awal waktu Isya’ adalah tatkala hilangnya al-syafaq (ufuq merah), dan waktu akhirnya adalah terbitnya fajar”

d. Waktu Makruh (waktu yang dibenci) sehingga Fajar kedua

e. Waktu Haram – Waktu subuh

Disana kita dapat melihat bahawa waktu isya’ ini boleh dilewatkan jika tidak membebankan jemaahnya. Contoh yang paling baik applikasinya ialah apabila jemaah setempat berpuasa dimana mereka berpeluang makan malam sebelum solat Isya’. Begitu juga dengan kuliah2 yang diadakan di masjid2 selepas maghrib boleh dilaksanakan dengan lancar. Disana juga kita melihat ulama’ meletakkan keutamaan solat jemaah didalam melaksanakan solat Isya’.

Walaupun masa solat Isya’ ini panjang, beberapa ulama’ berpandangan bahawa cuma waktu (a)Fadhilat dan (b)Pilihan sahaja yang diperbolehkan solat Isya’ melainkan seseorang itu uzur. Pandangan ini dipegang oleh ulama2 di Rumah Fatwa Arab Saudi (eg: Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Majmu’ fatawa bin Baaz, 10/386) dsb. Berikut saya petik penjelasan Markas Fatwa Dr Abdullah Faqih mengenai kadar kelewatan solat Isya’ :-

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد: فوقت صلاة العشاء يبدأ من مغيب الشفق الأحمر إلى نصف الليل على الراجح من أقوال أهل العلم، فعن أنس رضي الله عنه قال: (أخر رسول الله صلى الله عليه وسلم صلاة العشاء إلى نصف الليل). رواه البخاري.
وفي صحيح مسلم عن ابن عمر رضي الله عنهما، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (وقت العشاء إلى نصف الليل).
وهو اختيار شيخ الإسلام ابن تيمية: وأما بعد منتصف الليل إلى الفجر فهو وقت ضرورة لا يجوز تأخير الصلاة إليه إلا لعذر.
وعلى ما تقدم فإنه لا يجوز تأخير صلاة العشاء عن نصف الليل ومن أخرها بلا عذر أثم بذلك، وعلى المسلم أن يصلي الفريضة في المسجد جماعة، ولا يجوز له ترك الجماعة إلا لعذر لقول النبي صلى الله عليه وسلم (من سمع النداء فلم يأته فلا صلاة له إلا من عذر) رواه ابن ماجه وغيره. والله أعلم.
“Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas Rasulullah saw, keatas kaum keluarga dan sahabat2nya. Amma ba’du :

Waktu Solat Isya’ bermula apabila hilangnya ufuq merah sehinggalah ke pertengahan malam dan rajih dari pandangan2 ulama, dari Anas ra, berkata :”Rasulullah saw mengakhirkan solat isya’nya sehingga separuh malam – hadith riwayat Bukhari. Dan didalam Sahih Muslim dari Ibn Umar ra sesungguhnya Nabi saw bersabda : waktu Isya’ adalah sehingga separuh malam.

Pilihan Ibn Taimiyah rh : Bagi waktu yang selepas 1/2 malam sehingga fajar merupakan waktu Dalurat, maka tidak boleh menangguhkan solat melainkan uzur.

Maka sesungguhnya tidak boleh melewatan solat Isya’ melepasi 1/2 malam, maka bagi mereka yang mengakhirkannya tanpa uzur maka berdosalah dia, orang Islam difardukan bersolat di masjid secara berjemaah, dan tidak boleh meninggalkan jemaaah tanpa uzur, kerana Nabi saw bersabda : Barangsiapa mendengar azan dan tidak hadir maka tiada solat baginya melainkan uzur, hadith riwayat Ibn Majah dan lain2. WA.” [No Fatwa : 26487]

Kesimpulannya, solat Isya’ diperbolehkan melewatkannya jika ia tidak membebankan jemaah solat. Kadar kelewatan yang dibenarkan ialah sehingga 1/2 malam dan hanya mereka yang uzur sahaja dibenar melewatkannya sehingga sebelum Fajar. Wallahu A'lam.

wassalam
==========
Rujukan

1. Fatwa Islam Online. وقت صــلاة العشــاء. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=59960

2. Fatwa Islam Online. حكمة تأخير صلاة العشاء url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=90918

3. Fatwa Markas Dr Abdullah Faqih. يجوز تأخير صلاة العشاء إلى شطر الليل. url : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=26487&Option=FatwaId

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s