Bolehke Qasar di rumah mentua?

Salam

Ustaz,
-Selama saya berumahtangga 5tahun, saya sentiasa jamak+qasar di rumah keluarga mertua saya bila tempoh tinggal di sana tak lebih 3 hari…maknanya saya sentiasa jamak+qasar selama 3 hari itu. Hinggalah baru2 ni saya diberitahu bahawa tindakan saya tu salah. Macam mana ustaz? betul ke saya salah…? camne plak yg betul?

-saya tinggal di kota damansara, selangor. kat mana pula sempadan musafir saya?

-kampung keluarga mertua saya di marang, terengganu. di mana pula sempadan musafir saya?

harap ustaz dpt ajar saya.thanks ustaz Yellow Very Happy

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

1. Sepatutnya anda hanya solat qasar sahaja dan bukannya jama’ ketika berada di rumah mertua anda di Marang. Bolehnya anda solat qasar itu adalah pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Manakala pendapat madzhab spt Syafi’iy dan Hanafi, anda dikehendaki solat secara tamam (sempurna) bila berada di kampung isteri anda kerana kampung isteri sudah menjadi watan asli buat anda. maksudnya anda hilang status musafir bila pulang ke kampung isteri anda.
Anggaplah apa yang anda amalkan selama 5 tahun itu sebagai suatu kesalahan lantaran anda tersalah faham. Janganlah bersedih kerana ilmu itu bersifat dinamik dan sentiasa perlu ditambah.

Rumusan: Bila anda pulang ke Marang, anda ada dua pilihan:
a. solat qasar (tanpa jama’) berdasarkan pendapat Ibn Taymiyah, jika anda merasakan anda seperti orang musafir di kampung isteri anda.
b. anda hendaklah solat secara tamam di mesjid kampung itu secara berjama’ah dan anda gugur status musafir secara otomatik kerana watan isteri juga adalah watan asli buat anda.

2) jika anda menetap di Kota Damansara, sempadannya tidaklah terlalu rigid. Misalnya dalam hadith bahawa Nabi saw memulakan solat safarnya sebaik sahaja keluar dari Kota madinah dan mengakhirinya bila memasuki Kota Madinah semula.” (al-Albani, sahih Ibn Majah 1067)
Jadi sempadan kota Damansara itu anda sendirilah yang tentukan di manakah sempadannya, mungkin selepas exit highway ke Kota Damansara dan selepas membayar tol di plaza tol Kota Damasara.

3) Sempadan Marang ialah bila anda melihat signboard (papantanda) yang mengatakan sekarang anda berada dalam Majlis Daerah Marang. maka itulah sempadannya. sekian WA

al-ahkam 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s