Wajib ke tanam uri bayi tu?

Assalamuallaikum wr. wb.

Pak, Ustaz,

saya mahu bertanyakan tata cara menguburkan uri bayi secara syar’i. Mohon perinciannya Ustaz, ini kerana isteri saya sebentar lagi akan melahirkan anak kami yang pertama.

Waallaikumsalam wr. wb..

Alfari

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 
Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang menguburkan uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.

Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)

Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.

Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang  uri bayi itu.

Wallau a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6905110929-cara-menguburkan-tembuni-ari-ari-secara-syar039i.htm

5 thoughts on “Wajib ke tanam uri bayi tu?

  1. ustaaz apakah bila kita mahu menanam uri perlu menanamnya sekali ngan paku atau benda2 tajam….supaya dijauhi dimakn oleh hantu penangal…………penah berlaku satu kejadian dimana…….dirumah pak cik saye satu proses pernanaman uri mahu dilakukan….dan hantu penangal yg jenis makn uri datang tapi disebabkn mereka menanamnya.dan mmeleltakn pasu bunga rose diatas nya suppaya tidak dikorek penangal berkenaan keran penangal sejenis hatu yg membawa jala perut tidk berani mendekati tempat yg tajm takut terkana jala perutnya yg terburai?apakh memang perlu ditanam uri ngan benda2 tajam untuk mengelak dri dimakn oleh hantu penangal ini??

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
    Ini semua adalah kepercayaan mengarut yang mana syaitan sentiasa cuba menyesatkan manusia. Berhati-hatilah kerana ia boleh menyebabkan syirik.
    Wallahua’lam.

  2. salam ustaz,

    saya ada 1 sln..

    kawan saya ingin membuat akikah untuk anaknya yang baru lahir, akan tetapi keluarga sebelah mertuanya tidak mengizinkan kerana seluruh ahli keluarga metuanya belum lagi melakukan akikah…
    adakah benar kawan saya itu tidak boleh melakukan majlis akikah untuk anaknya?…

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Kawan saudara boleh melakukan akikah, bahkan ia sunnah. Tidak perlu dilayan pandangan ahli keluarga mertua kerana pandangan mereka tersebut tidak berasas.

    Wallahua’lam.

  3. salam…sy nak tanya satu soalan.ini bdasarkan perkara2 yg bnyak blaku pada masa kini di dalam masyarakat kita..soalannya adakah wajib bagi perempuan tuk mandi wajib setelah dia memasukkan jarinye ke dalam vigina dan ketika itu dia sudah mengeluarka air mazi tapi tidak air mani??

    Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

    Secara ringkasnya, perkara yang mewajibkan mandi ialah sama ada:

    a) Bersetubuh
    b) Keluar mani

    Keluarnya mazi tidak mewajibkan mandi, begitu juga apabila ber onani tetapi hanya mengeluarkan mazi, tidak wajib mandi jua.

    Jika onani dan keluar mani, maka wajib mandi.

    Jika onani dan tidak keluar mani, tidak wajib mandi.

    Jika bersetubuh dan keluar mani, wajib mandi.

    Keluar mani sebab mimpi, wajib mandi.

    Wallahua’lam.

    Jika bersetubuh tak keluar mani, wajib mandi.

  4. alhamdulillah terjumpa blog yang sebegini baik.

    Berkenaan tentang penanamn uri ni…

    saya tidak bersetuju dengan amalan karut ini

    Ibu mertua saya bersungguh-sungguh menyuruh saya menanamnya bersama paku, garam dan asam keping.
    kalau tanam pun jangan tanam dalam-dalam..takut nanti anak lambat bercakap..

    bagi saya ini satu amalan yang tak masuk akal.

    []tidak semua kepercayaan orang tua-tua boleh diikuti..fikirlah dengan iman dan akal

  5. Assalamuallaikum wr. wb.

    Pak, Ustaz,

    Jika kita nak menanam uri, benar ke tidak jika saya tak payah la mencuci dgn adam dan garam dan membungkus dgn kain putih langsung di letak dalam temburung?
    Apakah caranya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s