Ibu bapa syirik, kita bagaimana?

Assalamu’alaikum. Wr… Wb…

Saya mahu bertanya mengenai masalah orang tua yang kadang-kala, pemahaman mengenai agama masih perlu diperbetulkan.

1. Seaindainya orang tua masih mempercayai hal – hal yang menurut saya sudah di luar batas syar’i, apakah kita termasuk derhaka ketika menentang keputusan mereka. Contoh, ada teman (putera) ingin menikah tetapi dilarang menikah di bulan-bulan tertentu Bila si anak tetap menikah di bulan itu dan orang tua tidak redha, apakah anak itu telah dikira derhaka?

2. Orang tua kadang-kala masih pergi ke bomoh untuk menyelesaikan masalah-masalah, seperti pergi ke pengubatan Alternatif yang menggunakan tenaga dalam, pergi ke bomoh untuk mencari barang yang hilang. Apakah kita terkena dosa bila kita tidak mengingatkan mereka, kerana kadang-kala perkataan mereka membuat sakit hati saya.

4. Sebelum diterima pekerjaan, ayah membayar sejumlah wang agar diterima bekerja di pekerjaan tersebut. Apakah wang hasil dari beliau yang saya makan ketika saya kecil adalah wang haram?

5. Saya juga sudah berpenghasilan sendiri. Apakah pemberian dari orang tua seperti jamuan makan, pakaian yang beliau berikan juga haram digunakan/dimakan?

Terima kasih
wassalam wr… Wb…

Hamba Allah

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,



1. Seandainya orang tua anda masih mempercayai hal-hal yang menurut anda sudah di luar batas syar’i, Anda memang wajib mengingatkannya. Tetapi caranya tentu tidak sama dengan ketika anda mengingatkan teman anda. Biar bagaimana pun orang tua anda perlu dihormati. Bicaralah padanya dengan menggunakan ukuran-ukuran yang wajar, jangan berkasar atau berkelakuan tidak sopan.

Bila teman anda ingin menikah tetapi dilarang menikah di bulan-bulan yang dianggap sial kerana memang masih percaya hal-hal yang demikian, maka tidak bererti si anak mesti tetap memaksakan diri untuk menikah di bulan-bulan yang dianggap sial itu.

Mungkin tujuan kita baik, yaitu ingin agar orang tua kita tidak lagi mempercayai tahayul. Tetapi menghilangkan kepercayaan mereka bukan dengan jalan langsung memaksakannya dengan ajaran Islam. Islam ini bukan untuk paksa-paksa sebegitu rupa.

Islam memang tidak melarang kita menikahkan anak di bulan (Muharram), tetapi bukan bererti kita mesti paksakan menikah di bulan itu, lebih-lebih lagi apabila sampai bertelingkah dengan orang tua. Sengaja bertelingkah dengan ibu bapa bererti kita sudah sendiri membuat masalah. Mengapa kita tidak cari jalan kompromi yang boleh menenangkan kedua belah pihak.

Okeylah kalau orang tua tidak mahu menikahkan anaknya di bulan Muharram, anak boleh mengalah untuk menikah di bulan lainnya. Sebab dalam Islam, semua bulan sama saja.

Tapi nanti di kala lain, secara perlahan dan pasti, kita boleh lebih banyak bicara tentang Islam kepada beliau. Kita menunggu momentum yang tepat untuk menyampaikannya. Itu saja intinya.

2. Membayar sejumlah wang agar diterima bekerja di pekerjaan tersebut memang boleh termasuk hukum sogokan. Tetapi tidak semua jenis sogokan hukumnya haram.

Sogok yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hak-hak kita yang terampas, termasuk sogok yang dihalalkan bahkan diwajibkan. Misalnya, di jalan kita dihadang penjahat yang akan mengambil hak-hak kita begitu saja, kecuali bila kita mahu membayar wang perlindungan. Maka kalau kita tidak mampu melawannya dengan kekuatan, kita boleh melawannya dengan wang.

Tapi sogok yang memutar-balik keadilan, menghilangkan hak-hak orang lain serta merugikan mereka, hukumnya adalah sogok yang diharamkan.

Bagaimana dengan hasil daripada sebuah pekerjaan yang dimulai dengan cara sogok?

Tidak semua haram. Sebab begitu seseorang telah diterima bekerja di suatu tempat, lalu setelah itu dia bekerja dengan rajin, memeras keringat membanting tulang, maka wang yang didapatnya halal. Yang haram adalah sogoknya bila memang masuk kategori yang haram. Tapi gaji dari hasil bekerja, tidak mungkin ditularkan keharamannya.

3.Pemberian dari orang tua seperti jamuan makan, pakaian yang beliau berikan tidak boleh berubah hukumnya menjadi haram, hanya kerana kia beranggapan bahawa sebahagian dari harta itu didapati dengan cara yang kurang jelas hukumnya.

Hal itu menyebabkan bahawa apa yang didapatinya belum tentu haram semua. Mungkin kita boleh berhati-hari daripada memakan hal yang diharamkan, tetapi bukan bererti kita boleh main suka hati menghukum bahawa harta beliau semuanya haram.

Apalagi posisi kita hanyalah sebatas orangyang menerima pemberian daripada mereka. Kalau pun boleh ada indikasi harta mereka haram, kita sebagai penerima pemberian mereka, tidak boleh langsung ikut disalahkan.

Prinsipnya, bila suatu perbuatan hukumnya haram, maka yang haram terbatas hanya pada yang haram saja. Sedangkan harta yang didapati dengan cara yang halal, maka hukumnya halal.

Wallahu ‘alam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/aqd/7107102258-orang-tua-syirik-kita-bagaimana.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s