Betulke perempuan tak wajib bersunat?

Ustadz yang di rahmati Allah, saya ingin tanya apa hukumnya atau dosanya kalau seorang wanita tidak bersunat.

Ini kerana saya mempunyai teman wanita dia seorang mualaf tetapi dia tidakbersunat alasanya di negara Islam lain seperti timur tengah ramai wanita Islam tidak bersunat, dia menyatakan bersunat hanya wajib bagi kaum lelaki. Sedangkan untuk kaum wanita hukumnya sunat.

Atas jawapan dan keterangan Ustadz saya mengucapkan ribuan terima kasih.

wassalamualikum warahmatullahi wabarkatuh.

Hamba Allah

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

 

Buat sebahagian kalangan ulama, sunat atau khitan bagi wanita hukumnya mandub atau sunnah. Bukan merupakan sebuah kewajian. Sehingga pernyataan teman wanita anda yang mengatakan bahawa hukumnya sunnah, memang tidak boleh disalahkan. Paling, menurut sebahagian ulama.

Kalau kita telusuri dalam kitab-kitab fiqih, kita akan temukan beberapa pendapat ulama yang mengatakan bahawa khitan itu sunnah. Misalnya mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan Hanbali.

Pendapat mereka ini berlandaskan kepada dalil-dalil syar’i yang memang secara tegas menyebutkan kesunnahan khitan. Misalnya hadits berikut ini

Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW, “Khitan itu sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita.” (HR Ahmad dan Baihaqi)

Tetapi ada juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa khitan itu hukumnya wajib, bukan hanya untuk lelaki tetapi juga untuk perempuan. Kita akan menemukan di dalam kitab-kitab fiqih lainnya, misalnya fiqih As-Syafi’i semisal kitab Al-Majmu’ syarah Al-Muhazzab pada jilid 1 halaman 284/285.

Hal yang sama juga akan kita temukan di dalam kitab fiqih mazhab Syafi’i lainnya, misalnya kitab Al-Muntaqa jilid 7 halaman 232.

Kewajipan khitan juga ada di dalam mazhab Hanbali, bila kita lihat kitab Kasysyaf Al-Qanna’ jilid 1 halaman 80 dan juga kitab Al-Inshaaf jilid 1 halaman 123.

Mereka mengatakan bahawa hukum khitan itu wajib baik baik lelaki mahupun bagi wanita. Dalil yang mereka gunakan adalah ayat Al-Quran dan sunnah:

Kemudian kami wahyukan kepadamu untuk mengikuti millah Ibrahim yang lurus (QS. An-Nahl: 23).

Di dalam ayat ini, Allah memerintakan kita untuk mengikuti millah (ajaran) nabi Ibrahim as. Salah satunya adalah khitan.Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits nabawi yang menegaskan bahawa nabi Ibrahim as melakukan syiar agama berupa khitan.

Dari Abi Hurairah ra. Berkata bahawa Rasulullah SAW bersbda, Nabi Ibrahim as. Berkhitan saat berusia 80 tahun dengan kapak. (HR al-Bukhari dan muslim)

Dan juga hadits yang berbunyi,

Potonglah rambut kufur darimu dan berkhitanlah (HR HR As-Syafi’i dalam kitab Al-Umm yang aslinya dri hadits Aisyah riwayat Muslim).

Dan terakhir, ada juga pendapat yang mewajibkan khitan buat lelaki, tetapi tidak wajib bagi perempuan. Pendapat ini dipengang oleh Ibnu Qudamah dalam Al-Mughni, yaitu khitan itu wajib bagi lelaki dan mulia bagi wanita tapi tidak wajib. (lihat Al-Mughni 1-85)

Demikian perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum khitan, khususnya bagi perempuan. Semoga bermanfaat dan menambah sedikit wawasan kita tentang ilmu syariah. Amien.

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/7412040845-apa-hukumnya-wanita-tidak-khitan.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s