Betulke daging anjing tidak haram?

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pak Ustadz, saya pernah dengar ceramah bahawa tidak ada dalil yang menerangkan bahawa daging anjing itu haram, yang haram hanya air liurnya, minta penjelasannya.

Terima kasih, ditunggu jawapannya.

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Memang dalil tentang najisnya anjing itu lebih banyak bersumber daripada hadits tentang najisnya liur anjing. Di antaranya adalahhadits berikut ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا شرب الكلب في إناء أحدكم فليغسله سبعا. متفق عليه

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali. (HR Bukhari 172, Muslim 279, 90)

ولأحمد ومسلم: طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, `Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali.” Dan menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salah satunya dengan tanah.” (HR Muslim 279, 91, Ahmad 2/427)

Namun ketika mengambil kesimpulan hukum, barulah terjadi perbezaan pendapat. Sebahagian ulama menganggap najis di air liur menyebabkan najis seluruh tubuh anjing itu, namun sebahagian lainnya mengatakan hanya bahagian tertentu saja.

Untuk lebih rinci, berikut ini kami uraikan pendapat daripada setiap mazhab fiqih yang utama.

1. Pendapat Mazhab Al-Hanafiyah

Dalam mazhab ini, yang najis daripada anjing hanyalah air liurnya, mulutnya dan kotorannya. Sedangkan tubuh dan bahagian lainnya tidak dianggap najis. Kedudukannya sebagaimana haiwan yang lainnya, bahkan umumnya anjing bermanfaat banyak buat manusia. Misalnya sebagai haiwan penjaga atau pun haiwan untuk berburu. Mengapa demikian?

Sebab dalam hadits tentang najisnya anjing, yang ditetapkan sebagai najis hanya bila anjing itu minum di suatu wadah air. Maka hanya bahagian mulut dan air liurnya saja (termasuk kotorannya) yang dianggap najis.

Dari Abi Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bila anjing minum dari wadah air milikmu, mestilah dicuci tujuh kali.(HR al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW bersabda, “Sucinya bekas minummu yang telah diminum anjing adalah dengan mencucinya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah
. (HR Muslim dan Ahmad)

Lihat kitab Fathul Qadir jilid 1 halaman 64, kitab Al-Badai` jilid 1 halaman 63.

2. Pendapat Mazhab Al-Malikiyah

Mazhab ini juga mengatakan bahawa badan anjing itu tidak najis kecuali hanya air liurnya saja. Bila air liur anjing jatuh masuk ke dalam bekas air, wajiblah dicuci tujuh kali sebagai bentuk ritual penyuciannya. Silakan periksa kitab Asy-Syarhul Kabir jilid 1 halaman 83 dan As-Syarhus-Shaghir jilid 1 halaman 43.

3. Pendapat Mazhab As-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah

Kedua mazhab ini sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya saja yang najis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kawin dengan anjing pun ikut hukum yang sama pula.

Dan untuk mensucikannya mestilah dengan mencucinya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah.

Logik yang digunakan oleh mazhab ini adalah tidak mungkin kita hanya mengatakan bahawa yang najis dari anjing hanya mulut dan air liurnya saja. Sebab sumber air liur itu dari badannya. Maka badannya itu juga merupakan sumber najis. Termasuk air yang keluar dari tubuh itu juga, baik kencing, kotoran dan juga keringatnya.

Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadits lainnya antara lain:

Bahawa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di kala lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda, “Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu itu tidak najis.” (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny).

Dari hadits ini boleh dipahami bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu najis.

Lihat kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halaman 78, kitab Kasy-syaaf Al-Qanna` jilid 1 halaman 208 dan kitab Al-Mughni jilid 1 halaman 52.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/7301111222-daging-anjing.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s