Apa nak jawab bila anak bertanya di mana Allah?

Assalamu’alaikum wr. Wb.

Begini ustadz, saya adalah seorang guru.. Ada anak yang bertanya tentang keberadaan Allah, misalnya dengan pertanyaan: Allah ada di mana? Di mana rumahnya? Wajahnya seperti apa?

Nah, mohon penjelasan daripada ustadz bagaimana saya harus boleh memberikan jawapan yang benar dan boleh difahami oleh mereka?

Terima kasih ustadz atas jawapannya.

Wassalamu’alaikum wr. Wb.

Sholikah

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Allah adalah tuhan kita, namun kita tidak mungkin mengenal diri-Nya, kecuali Dia sendiri yang memperkenalkan kita. Termasuk keberadaan diri-Nya, kita tidak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu.

Memang kadang-kala kita mendengar ada ungkapan orang seperti Tuhan ada pada diri kita ini, atau tuhan ada di hati. Bahkan ada juga yang mengatakan bahawa tuhan ada di mana-mana, di segala tempat.

Tetapi kalau kita mau sedikit kritis, sebenarnya dua ungkapan di atas kurang tepat. Itu hanya bergossip tentang tuhan. Gossipnya, tuhan itu konon ada di dalam hati atau ada di mana-mana, tetapi siapa yang berkata begitu? Dan benarkan tuhan mengatakan bahawa dirinya ada di dalam hati manusia? Benarkah tuhan mengatakan bahawa dirinya ada di mana-mana?

Jangan-jangan ungkapan itu tidak benar. Kalau tidak benar, bererti salah kan? Dan tentu sangat fatal sekali akibatnya, sebab kita telah memandang tuhan bukan dengan cara yang benar. Kita menganggap tuhan dengan pandangan yang keliru.

Ungkapan bahawa tuhan itu ada di dalam diri kita, sebenarnya datang dari sebuah kepercayaan yang menyimpng. Para peneliti mengatakan bahawa pemikiran itu datang daripada kaum wihdatul wujud (kesatuan wujud tuhan dengan manusia). Pahaman ini telah dikafirkan oleh para Ulama kita yang dahulu dan sekarang.

Dan ungkapan bahawa tuhan ada di mana-mana, juga menyimpang dan merupakan pendapat daripada kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu’tazilah.

Lalu Allah SWT tuhan kita itu ada di mana?

Untuk menjawab pertanyaan itu, mudah sahaja. Mari kita buka kitab suci yang merupakan firman Allah SWT sendiri. Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah SWT telah menjelaskan keberadaan dirinya. Jadi kita tidak usah pusing tujuh keliling menjawab pertanyaan adik-adik kecil itu. Jawab saja menggunakan Al-Quran, sebab Al-Quran adalah penjelasan rasmi dari Allah SWT sendiri, jadi mana mungkin salah, ya kan?

Mari kita buka satu surat di urutan ke-20. Surat itu adalah surat Thaha. Di sana Allah SWT menyebut diri-Nya dengan salah satu dari sekian banyak nama-Nya, Ar-Rahman, yang ertinya Yang Maha Penyayang.

“Ar-Rahman di atas ‘Arsy Ia istiwaa (bersemayam).” (Thaha: 5)

“Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy.”(Al-A’raf:54).

Jadi si ibu boleh memberi jawapan mudah dan singkat kepada si kecil, “Nak, kata Allah, Dia berada di atas Arsy.”

‘Arsy adalah mahluk Allah yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas. Tidak seorang pun dapat mengukur berapa besarnya.”

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/aqd/7226093140-jika-anak-bertanya-tuhan-ada—mana.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s