Adakah Tuhan Setiap Agama Itu Sama?

Ustadz,

Saya pernah bertanya pada anak saya (saat itu berumur 12 tahun), “samakah Tuhannya orang Islam dengan orang Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, atau orang yang mengaku tidak punya agama sekalipun?

Anak saya berfikir sejenak dan lalu menjawab, “sama.” Saya tanya lagi mengapa? Dia tidak menjawab, malahan balik bertanya kepada saya, “Ada berapa Tuhan di alam semesta ini?”

Bagaimana pendapat Ustadz?

Pak Sus

Paksus
paksus

Jawapan

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,



Untuk menjawab hal ini mungkin perlu dijelaskan dulu tentang adanya dua pengertian tentang Tuhan.

1.      Pengertian Pertama

pengertian tentang tuhan dalam erti Yang mencipta, memelihara, memberi rezeki dan memberi kehidupan dan seterusnya. Dalam pengertian ini, tuhannya semua manusia tentu sama, yaitu Allah SWT. Lepas dari apa pun agamanya, setiap manusia dan makhluk di alam dunia ini adalah ciptaaan Allah, dipelihara Allah, diberi rezeki oleh Allah dan diberi kehidupan oleh Allah juga.

Dengan pengertian yang pertama ini, kita boleh mengatakan bahawa tuhannya Karl Marx, Lenin, Stalin, Hitler, Westerling, Jenggis Khan, Polpot, Slobodan Milosevic, Fir’aun dan Namrudz adalah sama. Ertinya bahawa mereka itu diciptakan, dipelihara, diberi rezeki oleh Allah SWT. Tuhan mereka sama dengan tuhannya nabi Muhammad SAW, yaitu Allah SWT.

Dalam disiplin ilmu aqidah, kita menyebut pengertian ini dengan tuhan dalam makna rabb. Sifat-sifat tuhan yang terkait dengannya diistilahkan dengan sifat rububiyah.

2.      Pengertian Kedua

Pengertian kedua tentang tuhan adalah tuhan dalam erti sebagai dzat Yang disembah, ditaati, ditakuti, dicintai dan seterusnya.

Kalau menggunakan pengertian ini, tiap-tiap orang terntu berbeza tuhannya, atau berbeza sesembahannya. Ada yang menyembah Allah SWT, ada yang menyembah malaikat, nabi, dukun, penyihir, manusia biasa, patung, api, dewa, roh, keris, batu akik, tangkal bahkan pendeta serta rahib.

Dalam disiplin ilmu aqidah, kita menyebut pengertian ini dengan tuhan dalam makna ilaah. Sifat-sifat tuhan yang terkait dengannya diistilahkan dengan sifat uluhiyah.

Jadi untuk menjawab pertanyaan anda di atas, jawapannya boleh ya dan boleh tidak, tergantung kriteria pengertian ‘tuhan’ yang digunakan. Kalau tuhan dalam erti sifat rububiyah, maka tuhan kita semua adalah sama, yaitu Alllah SWT. Tapi kalau dalam konteks sifat uluhiyah, nyatanya memang masing-masing agama punya konsep masing-masing yang berbeza tentang tuhan yang mereka maksudkan.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

http://www.eramuslim.com/ustadz/aqd/7105231135-apakah-tuhan-kita-sama.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s