Maksud kaedah bila bercampur yang halal dan yang haram maka yang haram akan menang

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah bila bercampur yang halal dan yang haram maka yang haram akan menang.Saya cuba kaitkan kaedah ini dengan beberapa sistem pinjaman al-mudharabah yang dikeluarkan beberapa bank konvensional yang mengamalkan riba. Apakah kaedah fikah ini terpakai didalam menghuraikan halal-haram sistem bank riba yang memberi pinjaman al-mudharabah ini.

Apakah dibolehkan al-mudharabah yg dianjurkan oleh bank riba itu?

jawapan:

Kaedah Fiqh: ” apabila bercampur halal dengan yang haram, adalah dikira haram”.

Kaedah feqh (prinsip feqh) ini dirumuskan dari sekumpulan hadis.

Kita bawa contoh-contohnya supaya jelas:

1. Lihat ayat tentang arak dan judi (alBaqarah: 219) :”mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.
Katakanlah,”pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfa’at bagi manusia, tapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa’atnya”.

Imam Izzudin Abdus Salam (Qawaid al Ahkam fi Masolih al Anam) menjelaskan judi dan arak ada kebaikan-kebaikan tetapi keburukan  dan kerusakkan yang dibawanya lebih besar. Oleh itu bila bercampur kejahatan dan kebaikan ini, maka dimenangkan yang haramnya; maka sebab itu Islam mengharamkan arak dan judi.

2. Imam asySyuyuti (fuqaha’ Syafi’iy dalam al Asybah wal Naza-ir) membawa beberapa contoh, antaranya:
a) anak perempuan hasil perkahwinan lelaki ahli Kitab dan isteri musyrik, maka diharamkan nikah keatasnya oleh lelaki muslim, walaupun bapanya ahlil kitab.

b) haiwan yang dihasilkan dari binatang yang haram dimakan keatas binatang yang halal dimakan, misalnya kambing yang bunting dari benih serigala, maka ia adalah haram dimakan.

c) dua orang pemburu, seorang Islam dan seorang lagi musyrik sama-sama menembak binatang buruan, maka binatang buruan itu haram di makan.

————————————–
Kaedah ini boleh dikaitkan dengan bank-bank konvensional yang membuka kaunter SPTF (sistem perbankan tanpa faedah) jika dana halal dan haram mereka diurus secara berpusat, dimana ia adalah haram. Jika dana dan urusniaga skim SPTF dan konvensional diurus secara berasingan, maka ia adalah harus.

Kesemua Skim SPTF di Malaysia di selia oleh Bank Negara dan di awasi oleh Bank Islam yang memberi khidmat latihan dan perundingan telah mengasingkan dana dan urusniaga SPTF mereka berasingan dari Dana Konvensional. Contohnya pemegang kad ATM bank Bumiputra tidak boleh melakukan online cash transfer dari akaun alWadiah kepada akaun konvensional secara online kerana akaun itu diurus secara berasingan dan tidak compatible.

sekian
thtl for al_ahkam fiqh online

http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab177.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s