Terlalu was-was

dpt dari seseorang..harap dpt bantu

Assalamualaikum.

Saya menghadapi masalah was-was yang saya kira serius. Saya ingin sekali bertemu/ bercakap melalui telefon dengan ustaz mungkin ustaz boleh rujuk saya untuk berjumpa dengan sesiapa mengenai masalah ini. Masalah ini saya alami sejak kecil lagi dan semakin serius. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya telah bertemu pakar sakit jiwa dan dia telah mengklasifikasikan penyakit saya ini sebagai OCD (Obsessive-Compulsive Disorder) tetapi dia juga tidak mampu merawat saya. Selain angkara syaitan ia juga mungkin disebabkan kerana saya kerap jatuh di bahagian kepala semasa kecil (menurut pakar tersebut). Saya ingin sekali menjadi orang yang beriman dan beramal soleh dan tidak mahu masalah ini menjadi halangan.

Maslah saya :

1) Amat susah sekali untuk berniat untuk sebarang ibadah termasuk sembahyang, wudhuk walaupun saya sedar yang perbuatan saya itu tidak masuk akal. Saya sedar ini semua perbuatan syaitan tetapi saya gagal mengawal fikiran saya.

2) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya.

3) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.

4) Selalu bersamak kerana was-was yang bukan-bukan.

Saya merasakan amat terdesak dan harap tuan dapat membantu.jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Hendaklah disedari bahawa was-was seperti itu adalah daripada syaitan, untuk merosakkan amal ibadah hamba Allah. Maka jangan sekali-kali membiarkan diri kita terpedaya dan menjadi habuan musuh utama kita. Ulama mengatakan: “Ubat kepada was-was ialah keyakinan bahawa ia adalah daripada syaitan, dan Iblis yang membawanya kepada seorang muslim”.

– Hendaklah diketahui bahawa mengulang-ulang solat, wudhu’, takbiratul ihram dan lain2 amalan kerana waswas adalah suatu yang dicela syarak. Malahan sepakat ulama mengatakan ia adalah satu bidaah, dan kesesatan dalam agama. (Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah).

– Memperbanyakkan meminta perlindungan dengan ALlah daripada gangguan syaitan, iaitu dengan mengamalkan istiazah-istiazah yang diajar oleh Nabi SAW. Antaranya: istiazah di dalam solat sebelum Fatihah, istiazah sebelum masuk bilik air, dan lain-lain.

– Di dalam solat, tumpukan perhatian kepada bacaan dan mentadabburi makna bacaan dan zikir yg dibaca, supaya tidak ada laluan syaitan untuk mencelahi minda kita. Apabila ada lintasan-lintasan hati bahawa mungkin wudhu’nya terbatal, maka jangan dilayan khayalan2 tersebut.

– Memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah, dan berdoa bersungguh-sungguh supaya disembuhkan daripada penyakit was-was. Mudah-mudahan Allah menghilangkan penyakit was-was tersebut.

Wallah A’lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s