Memakai Pakaian Kulit Binatang Yang Tak Disembelih

Assalamu’alaikum

Salam Eidul Adha……

Apakah hukumnya menggunakan kulit binatang yang tidak sembelih sebagai pakaian dan lagi-lagi dipakai dalam solat?

JazakAllahu Khayr

jawapan

Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Sebahagian ulama membenarkan penggunaan kulit binatang yang telah disamak (proses) walaupun binatang itu tidak disembelih atau telah menjadi bangkai untuk dijadikan pakaian dan dipakai semasa solat.

Ini berdasarkan beberapa dalil, antaranya:

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا دُبِغَ الْإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ

“Apa sahaja kulit yang telah disamak maka ia adalah suci.” (H.R Muslim, Abu Daud, Tirmizi dll)

Dan hadis:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
تُصُدِّقَ عَلَى مَوْلَاةٍ لِمَيْمُونَةَ بِشَاةٍ فَمَاتَتْ فَمَرَّ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَّا أَخَذْتُمْ إِهَابَهَا فَدَبَغْتُمُوهُ فَانْتَفَعْتُمْ بِهِ فَقَالُوا إِنَّهَا مَيْتَةٌ فَقَالَ إِنَّمَا حَرُمَ أَكْلُهَا

“Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radiallahuanhuma beliau berkata:

Hamba sahaya milik Maimunah r.a diberi sedekah seekor kambing, lalu kambing itu mati. Tidak berapa lama Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melintasi bangkai kambing itu. Baginda bersabda:

“Mengapa tidak kamu ambil kulitnya, kemudian kamu samak supaya kamu dapat memanfaatkannya.”Mereka berkata: “Ia sudah menjadi bangkai.” Baginda bersabda: “Yang haram itu hanyalah memakannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rujukan:
– Sahih Muslim
– al-Majmuk

Wallahu a3lam

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s