Hatiku Berubah! Ku Putuskan Pertunangan Ini. Berdosakah aku?

Salam,
Adakah perbuatan saya seperti dibawah ini dikategorikan menzalimi/melukai hati orang lain?

– Saya pernah bertunang n saya telah memutuskannya setelah setahun pertunangan disebabkan tidak ada persefahaman serta tolak ansur antara kami.Ibubapanya bersedih…adakah saya zalim?

– Setelah pertunangan saya diperkenalkan dengan beberapa orang gadis tapi cuma sempat berkawan selama 6 bulan(lebih kurang) n selepas itu saya tinggalkan mereka begitu je,walaupun wanita itu menyukai saya.Saya tiggalkan atas alasan hati dah tak suka…Tapi untuk pengetahuan panel saya tidak pernah menyentuh mereka pun dalam tempoh perkenalan itu…Dari segi itu saya memang jaga…Adakah saya zalim?

– Kita bercinta diluar pernikahan samada melalui telefon atau pernah keluar bersama tapi dalam masa yang sama menjaga batas agama tapi setelah beberapa tempoh masa saya akan memutuskan hubungan,,adakah dikira menzalimi juga,sebab perbuatan saya keluar dengan bukan muhrim juga dikira berdosa????

Kesemua hubungan adalah diluar pernikahan buat pengetahuan para panel…

Wassalam

jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:

Saya pernah bertunang n saya telah memutuskannya setelah setahun pertunangan disebabkan tidak ada persefahaman serta tolak ansur antara kami.Ibubapanya bersedih…adakah saya zalim?
 
Di dalam Fatwa Islamweb.net bertajuk: Memutuskan Pertunangan; Adakah Dianggap Satu Kezaliman?, menyebut kenyataan seperti berikut:

“Sekiranya apa yang anda ceritakan itu hanya berkaitan dengan pertunangan, dan belum dibuat akad pernikahan, maka setiap pihak (lelaki dan wanita) berhak untuk memutuskan pertunangan bila-bila masa dia mahu. Cuma, tidak sepatutnya ia berlaku melainkan dengan sebab yang muktabar. Sesiapa yang memutuskan pertuangan sekalipun tanpa sebab, dia tidak dianggap zalim, kerana setiap pihak masih tidak mempunya apa-apa hak terhadap pihak yang lain”.

no Fatwa: 103097

Quote:

– Setelah pertunangan saya diperkenalkan dengan beberapa orang gadis tapi cuma sempat berkawan selama 6 bulan(lebih kurang) n selepas itu saya tinggalkan mereka begitu je,walaupun wanita itu menyukai saya.Saya tiggalkan atas alasan hati dah tak suka…Tapi untuk pengetahuan panel saya tidak pernah menyentuh mereka pun dalam tempoh perkenalan itu…Dari segi itu saya memang jaga…Adakah saya zalim?

– Kita bercinta diluar pernikahan samada melalui telefon atau pernah keluar bersama tapi dalam masa yang sama menjaga batas agama tapi setelah beberapa tempoh masa saya akan memutuskan hubungan,,adakah dikira menzalimi juga,sebab perbuatan saya keluar dengan bukan muhrim juga dikira berdosa????
 
-Islam menghalalkan pernikahan, tetapi mengharamkan perhubungan antara lelaki dan wanita secara tidak syar’ie.
-Bercakap melalui telefon dibenarkan dalam situasi keperluan tetapi percakapan yang membangkitkan fitnah diharamkan seperti ucapan2 cinta, perasaan dan seumpamanya. Di dalam surah al-Ahzab ayat: 32, Allah Taala menyebut:

يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا
Maksudnya: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.

-Keluar berdua-duaan tanpa ditemani mahram juga adalah haram, kerana membawa kepada khalwat, melihat antara satu sama lain, dan akhirnya mendekati perbuatan zina. Sabda Nabi SAW:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan dengan ditemani mahram”. Direkod oleh Bukhari (no: 4935) dan Muslim (no: 1341).

Akhir sekali, suka kami nukilkan wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya: “Aku tidak meninggalkan selepasku fitnah yang lebih besar terhadap lelaki, daripada wanita”. Direkod oleh Bukhari (no: 4808) dan Muslim (no: 2740).

al-ahkam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s