Bolehkah Bergotong Royong dalam Korban

BOLEHKAH BERGOTONG ROYONG DALAM BERKORBAN

Oleh
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta

Pertanyaan
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta ditanya : Bolehkah bergotong-royong dalam berkorban ? Berapa jumlah kaum muslimin seharusnya dalam bergotong-royong melakukan korban? Apakah mesti daripada satu keluarga ? Dan apakah bergotong-royong semacam itu bid’ah atau tidak?

Jawapan
Seorang lelaki diperbolehkan melakukan korban atas nama dirinya dan anggota keluarganya dengan satu ekor kambing. Dasarnya, hadits shahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau berkorban dengan satu ekor kambing , atas nama diri beliau sendiri dan atas nama keluarganya. (Hadits Muttafaqun Alaih)

Juga hadits yang diriwayatkan oleh Imam Malik, Ibnu Majah dan Tirmidzi dan beliau menshahihkannya.

Dari Atha’ bin Yasir, dia berkata, “Saya bertanya kepada Abu Ayyub Al-Anshari, bagaimana korban-korban yang sekalian (para sahabat) lakukan pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam” Abu Ayyub menjawab, “Pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam seseorang berkorban dengan satu ekor kambing atas nama dirinya dan atas nama keluarganya. Maka mereka memakannya dan memberi makan orang lain. Kemudian orang-orang bersenang-senang, sehingga jadilah mereka sebagaimana yang engkau lihat. (HR Malik, kitab Dhahaya, Bab Asy-Syirkah Fi Adh-Dhahaya dan Ibnu Majah, Shahih Ibnu Majah no. 2563 dan lain-lain)

Sedangkan satu ekor unta dan setu ekor lembu, sah dengan gabungan tujuh orang. Baik mereka berasal daripada satu keluarga atau dari orang yang bukan dari satu rumah. Baik mereka punya hubungan kerabat ataupun tidak. Sebab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengizinkan para sahabat untuk bergabung dalam (berkorban) unta dan sapi. Masing-masing tujuh orang. Wallahu a’lam. (Fatwa No. 2416)

http://www.almanhaj.or.id/content/2301/slash/0

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s