Persoalan Nur Muhammad

Soalan

Minta penjelasan ustaz berkaitan apakah yang dikatakan Nur Muhamad dan golongan yang mempercayai Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur tersebut.

Jawapan :

 Kebiasaannya cerita-cerita seumpama ini dipopularkan oleh golongan-golongan Tasauf melampau yang kemudiannya berjaya mempengaruhi orang-orang Jahil yang telah termakan racun cara beragama berdasarkan ikut-ikutan membuta tuli.
Golongan ini mendakwa kononnya perkara pertama yang diciptakan oleh ALLAH swt. ialah NUR (cahaya) Muhammad (
نور محمد). Kemudian daripada Nur Muhammad tersebut ALLAH menciptakan pula makhluk-makhluk yang lain, mereka mendatangkan beberapa hadith yang tidak sahih bagi memenangkan dakwaan mereka.
Sebenarnya dakwaan ini bertentangan dengan Nas yang terdapat di dalam al-Quran.

ALLAH s.w.t. di dalam al-quran berfirman :
(
قل إنما أنا بشر مثلكم يوحى إلي)

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu..” (al-Kahf – 110)
Ayat al-Quran ini telah cukup untuk membuktikan kepalsuan dakwaan-dakwaan yang mengatakan Nabi saw diciptakan daripada Nur, bahkan ayat al-Quran ini membuktikan kepada kita bahawasanya Baginda adalah sama seperti manusia lain, cuma yang membezakan Baginda berbanding dengan yang lain ialah Baginda seorang Rasul yang diberikan wahyu.

Di dalam perkara ini Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam Web Islam-online menyebut, antaranya :
“Yang makruf bahawasanya hadith-hadith yang datang, yang menyatakan tentang awal perkara yang diciptakan ialah demikian… dan demikian hingga akhirnya, TIDAK SaHiH darinya satu hadithpun sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama as-sunnah. Kerana itu kita dapati sebahagian hadith-hadith tersebut bertentangan dengan sebahagian yang lain. Ada hadith yang mengatakan “Sesungguhnya perkara awal yang diciptakan ALLAH adalah al-Qalam…” ada pula mengatakan “Perkara awal yang diciptakan ALLAH ialah al-‘Aql…”. Dan (seperti yang) telah tersebar kepada umum dari apa yang dibacakan kepada mereka kisah-kisah Maulid-maulid seperti yang diketahui, (mengatakan) bahawasanya ALLAH telah menggenggam satu gengaman dari Nur (cahaya) NYA, kemudian berfirman : “Jadilah engkau sebagai Muhammad” maka itulah (cahaya yang menjadi Muhammad) yang terawal diciptakan oleh ALLAH, kemudian daripadanya ALLAH menciptakan langit dan bumi….. hingga ke akhir cerita…. Perkataan ini TIDAK SAHIH secara riwayat, dan tidak dapat diterima akal, tidak dapat membantu agama, dan tidak dapat mengembangkan urusan dunia. Keawalan ciptaan nabi s.a.w. yang diciptakan ALLAH adalah (berita) yang TIDAK PASTI….. Sebaliknya yang pasti secara mutawatir bahawasanya Nabi kita s.a.w. ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib al-Hasyimi al-Qursyi (
محمد بن عبد الله بن عبد المطلب الهاشمي القرشي )yang dilahirkan dari dua orang tuanya Abdullah bin Abdul Mutallib (عبد الله بن عبد المطلب ) dan Aminah binti Wahb (آمنة بنت وهب) di Mekah pada Tahun Gajah. Baginda dilahirkan sepertimana dilahirkan seorang manusia, Baginda dibesarkan sepertimana dibesarkan seorang manusia. Baginda diutuskan sepertimana diutuskan para Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelumnya. Tidaklah Baginda itu yang mula diadakan di kalangan Rasul-rasul…..ALLAH telah menguatkan tentang sifat kemanusiaan Nabi di dalam banyak tempat. Dan ALLAH telah mengarahkan baginda menyampaikan perkara ini kepada manusia di dalam banyak surah :
(
قل سبحان ربي، هل كنت إلا بشرًا رسولاً)

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”. (al-Isra’ – 93)
(
قل إنما أنا بشر مثلكم يوحى إلي)

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu..” (al-Kahf – 110)
Maka baginda adalah manusia sama seperti semua manusia, tidak ada perbezaan melainkan baginda diutuskan wahyu dan risalah.

Nabi s.a.w. telah menekankan maksud insannya baginda dan keabdian Baginda kepada ALLAH dan mengancam orang-orang yang mengikut sunnah orang-orang sebelum mereka dari kalangan Ahli Agama yang mensuci dan memuji-muji secara berlebihan kepada Nabi dan rasul mereka.

Jika nabi yang mulia itu seorang manusia seperti manusia lain, maka baginda bukan makhluk yang diciptakan daripada Nur (cahaya), bukan juga daripada emas…..”
– Tamat petikan sebahagian fatwa al-Qaradhawi
As-Syeikh ‘Atiah Saqr (ketua Lujnah Fatwa al-Azhar yang dahulu) pula berkata :

“…. Sesungguhnya Ar-Rasul s.a.w. tidak diciptakan daripada Nur, dan Baginda dari zuriat Adam dan Adam (diciptakan) daripada tanah….”

As-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz di dalam Fatwanya pula menyebut :

“Apa yang diperkatakan oleh manusia bahawasanya Rasulullah s.a.w diciptakan daripada Nur, maka semua ini tidak ada asal padanya. Mereka berkata bahawasanya baginda diciptakan daripada Nur atau Nur Baginda itu yang terawal diciptakan. Semua dakwaan ini adalah PALSU TIDAK ADA ASAL BAGINYA. Tidak terdapat juga asas tentangnya dari Nabi s.a.w. Bahkan ianya adalah KEPALSUAN dan PEMBOHONGAN atas ar-Rasul saw…….” – Tamat petikan fatwa Bin Baz.
wallahu a’lam

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=128&Itemid=2

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s