Kedudukan Hadith Beramallah Untuk Duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya

Apakah kedudukan hadith “Beramallah untuk duniamu seolah-oleh kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.”
Jawapan:

Lafaz hadith yang anda maksudkan ialah:

اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah (Jilid 1) mengkategorikan hadith ini sebagai hadith yang tidak ada asal baginya (لا أصـل لـه).
Hadith ini bukanlah hadith nabawi, sebaliknya ia adalah perkataan ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash (عبد الله بن عمرو بن العاص). al-Haithami meriwayatkannya di dalam al-Zawa-id atas musnad al-Harith. Diriwayatkan juga dengan lafaz yang lain yang juga tidak sahih dari Nabi saw. Antaraya diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab sunannya, al-Dailami di dalam al-Firdaus daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash:

فاعمل عمل امرئ يظن أنه لن يموت أبداً، واحذر حذر امرئ يخشى أن يموت غداً

al-Suyuthi menyenaraikannya di dalam al-Jami’ al-Soghir dan beliau mengisyaratkan kedhoiefannya. al-Munawi pula di dalam Faid al-Qadir berkata: “Dan demikian itu disebabkan pada (sanad)nya ada rawi yang majhul dan lemah”.
Terdapat juga hadith lain yang sama maksudnya, berbunyi:

أصلحوا دنياكم واعملوا لآخرتكم كأنكم تموتون غدا

Hadith ini Terlalu Lemah (ضعيف جدا). (Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, jld 2, Bil Hadith 874)
wallahu a’lam.

(Lihat sama: http://www.islamweb.net/ dan http://www.islamic-fatwa.com/index.php)

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=243&Itemid=2

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s